27 Julai 2016 - 14:19
Ribuan rakyat Bahrain kepung rumah Sheikh Isa Qassem

Rakyat Bahrain bertindak mengepung rumah Sheikh Isa Qassem setelah mendapat khabar angin polis rejim akan bertindak menyerang penduduk awam.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Ribuan penduduk Bahrain bertindak mengepung rumah Sheikh Isa Qassim sejak malam tadi demi menjaga keselamatan beliau berikutan tersebarnya berita tentang keputusan rejim Al Khalifah untuk menggempur penduduk awam dan memulakan sidang mahkamah terhadap ulama tesebut.

Sementara itu penduduk awam di seluruh Bahrain bertindak memadamkan lampu yang menyala di rumah masing-masing tepat pada pukul 8:30 malam dan melaungkan slogan Allahuakbar pada pukul 9 malam dengan berarak di jalan-jalan.

Ulama besar Bahrain memaklumkan, sidang mahkamah terhadap Sheikh Isa Qassem merupakan tindakan berbaur perkauman dan usaha untuk mendalamkan jurang hak asasi manusia kepada rakyat.

.............