28 Julai 2016 - 17:44
Jalan di Tehran lebih selamat berbanding di New York - Professor Malaysia

Seorang Professor menegaskan sikap prejudis menyebabkan rakyat Malaysia

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Pensyarah Fakulti Keusahawanan Universiti Tehran, Mohamed Razali Bin Mohamed Yusoff berkata jalan-jalan di Tehran lebih selamat berbanding di New York.

"Ketika saya pergi ke Iran, isteri saya amat bimbang dan bertanya apakah selamat bekerja di Tehran. Jawapan saya ialah saya berasa lebih selamat berjalan di Tehran berbanding di New York," kata Yusoff kepada wartawan IRNA.

Mengenai kehadiran sebilangan kecil rakyat Malaysia di Iran, Yusoff berkata, "Ia berlaku kerana kita tidak mendapat maklumat yang tepat. Media Barat telah menguasai pendapat umum dan meletakkan gambaran negatif mengenai Iran. Ini adalah pandangan peribadi saya."

Mengulas mengenai kota New York yang tidak aman, beliau berkata, "Saya fikir kita mesti melakukannya dengan betul dan cara terbaik ialah meletakkannya dengan betul iaitu bertemu dengan mereka (rakyat Iran) dan pergi ke sana (Iran).

"Ini adalah satu peristiwa yang penting, kerana terdapat sebilangan besar ahli perniagaan dari berbagai negara di Iran, tetapi tidak ramai dari Malaysia. Mungkin mereka tidak mempunyai pengetahuan yang cukup tentang Iran atau persepsi mereka terhadap Iran tidak begitu positif," katanya di luar acara Persidangan Antarabangsa Peluang Perlaburan dan Perniagaan Pasca Era Sekatan Ekonomi di Iran, yang telah berlangsung di Malaysia pada hari Selasa lalu.