31 Julai 2016 - 10:07
Pemuda meninggal dunia dalam penjara Bahrain

Seorang pemuda dilaporkan meninggal dunia dalam penjara setelah lebih sebulan setelah ditangkap.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) -  Seorang pemuda bernama Hasan Jasim Hasan al-Hayeki dilaporkan meninggal dunia di dalam penjara rejim Al Khalifah semalam.

Pemuda ini telah ditangkap dalam operasi membubarkan demonstrasi aman lebih sebulan lalu dan dituduh memliki bahan letupan di perkampungan Akar, Selatan Manama dalam satu kes ledakan bom pada 30 Jun lalu. Dalam insiden tersbeut, seorang wanita dan tiga kanak-kanak terbunuh akibat terkena serpihan bahan letupan itu.

Ketua polis Manama menyifatkan letupan ini sebagai serangan terrorisme.

Sehingga kini pihak penjara belum memaklumkan sebab Hasan Hayiki meninggal manakala kementerian negara Bahrain mengumumkan ia adalah kes kematian biasa.

Beberapa media melaporkan, pihak berkuasa sengaja mencipta alasan memiliki bahan letupan untuk menangkap sesiapa sahaja dan memburukkan imej tahanan politik. Beberapa banduan turut mengaku menerima berbagai seksaan berat dalam penjara ketika disoal siasat oleh polis tanpa diberi hak untuk mendapatkan pembelaan.