26 Ogos 2016 - 18:35
Askar Syria serang konvoi bantuan pengganas Aleppo

Unit Pasukan Harimau Tentera Arab Syria menyiarkan gambar operasi memusnahkan kenderaan militan yang cuba memasuki Selatan Aleppo melalui jalan Touman-Ramouseh

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Kumpulan pengganas Jaysh al-Fath mengalami kerugian besar apabila konvoi pengirimanlogistiknya diserang tentera Syria ketika cuba menghampiri Selatan Aleppo.

Pasukan Harimau Tentera Arab Syria menguasai jalan Khan Touman-Ramouseh setelah berjaya membebaskan Tal Umm Qara dari cengkaman pengganas sehingga menyebabkan anggota militan terperangkap di daerah Selatan Aleppo.

Sepanjang 4 jam lalu, kumpulan Jaysh al-Fath cuba merampas kembali Tal Umm Qara namun semua percubaan mereka menemui kegagalan.

Aggota Jaysh al-Fath dijangka akan mengalami kebuluran yang serius sekiranya mereka gagal menawan kembali Tal Umm Qara berikutan bekalan makanan yang semakin berkurangan.