Pejabat Agensi Berita Ahlul Bait-ABNA,'Allamah Sayed Sajed 'Ali Naqvi tentang bencana alam banjir baru-baru ini mengatakan, "Kerajaan Pakistan sendiri tidak bertindak apa-apa dalam masalah banjir dan kemusnahan negara ini, hanya persatuan kebajikan yang bekerja kuat."
Wakil Waliyyul Faqih di Pakistan menerangkan belum pernah berlaku kemusnahan dahsyat seperti ini di Pakistan. "Beratus ribu orang mendapat susah dan kesan bencana ini memusnahkan rumah dan bumi ini. Oleh itu kami sangat memerlukan usaha semua pihak untuk menyelesaikan atau mengurangkan beban" ujar beliau.
'Allamah Naqvi sambil memberi penghargaan besar bantuan kemanusiaan dari Republik Islam Iran berkata, "Bantuan-bantuan ini telah mendapat reaksi positif dalam media Pakistan."
Beliau dalam mengenang usaha besar pelajar dan ulama Pakistan bagi mengurangkan musibah berkata, "Beberapa negara Islam dianggap lemah kerana sengaja berkecuali dalam memainkan peranan di negara ini."
Wakil Waliyyul Faqih di Pakistan dalam mengkritik kedhaifan Pertubuhan Persidangan Negara Islam menambah, "Pertubuhan Persidangan Negara Islam juga dalam beberapa pertemuan menegaskan, ambil peduli dan penyelesaian masalah umat Islam bukanlah satu perkara main-main."