24 Ogos 2010 - 19:30

Setia Usaha Agung Hizbullah akan memberikan ucapan eksklusif kepada warga Lubnan malam ini berikutan kepekaan dan sensitiviti politik terbaru di rantau ini.

Sumber Hizbullah telah memaklumkan kepada agensi berita Iran bahawa ucapan Sayed Hasan Nasrullah pada pukul 8.30 malam ini waktu Lubnan, akan berlangsung di Mujtama' Sayyidul Syuhada, selatan Beirut.

Sayed Hasan pada malam Selasa lalu telah memberikan ucapannya dalam majlis berbuka puasa bersama Wanita Moqawamah di Madrasah al-Kawthar. Antara kata-kata beliau ialah, "Lubnan di zaman ini terjebak dalam peperangan dengan Zionis, namun musuh tidak mampu menggugat Hizbullah."

Tambahan beliau lagi, "Sekarang secara rasminya 150 orang ejen Israel telah ditangkap dan kita perlu mengikuti pengadilan mereka ini. Sebuah suruhanjaya pengadilan khas perlu diwujudkan dan sistem mahkamah Lubnan hendaklah mengambil langkah drastik untuk perkara ini."

Setiausaha Agung Hizbullah menerangkan selama 28 tahun Hizbullah mempunyai badan anti perisikan yang terbesar dirantau ini. Pasukan tentera Lubnan telah memaklumkan 3 orang anggota Hizbullah adalah ejen upahan Israel. Namun beliau akan meneliti perkara ini nanti.