24 Ogos 2010 - 19:30

Ayatullah Bahjat: Dua riwayat dari Syaikh Ansari yang menunjukkan ketinggian makamnya.

Pertamanya: Seorang ahli ilmu mempunyai hajat dan beberapa kali pergi ke haram dan bertawassul di sana. Pada suatu hari seorang bangsa Arab masuk ke dalam Haram dan memohon hajat (anak Syaikh yang sakit) dengan serta merta di situ juga hajatnya dipenuhi. Kerana ini dia rasa sangat kecewa dan marah. Beliau mengambil keputusan untuk keluar dari Iraq. Ketika dia sampai di kediamannya orang mengatakan kepadanya, "Beberapa kali khadam Syaikh datang mencarimu, namun engkau tiada". Seketika itu juga Khadam datang lagi, khadam memanggil ia menghadap Syaikh. Setelah itu Syaikh memenuhi keperluannya (biaya Haji, rumah dan isteri) dan berkata kepadanya, "Engkau janganlah melihat kepada orang ini. Ianya sudah biasa dianugerahkan sedemikian rupa, namun jikalau engkau mahukan hajatmu dikabulkan, tambahkanlah khusyuk dan tawadduk dalam shalatmu."

Keduanya, Beliau telah sakit, ahli ilmu dan orang Arab datang menjenguknya. Ketika menziarahinya mereka berkata, "Insyallah anda akan sembuh". Beliau sebagai jawapan mengatakan, المَوتُ و الحياةُ من عَوارِضِ البدنِ و السّوجُ سَوادُ الْوَجهِ فى الآخرة؛

Mati dan hidup adalah rintangan buat tubuh, namun musibahnya ialah kehitaman wajah di akhirat.