26 Ogos 2010 - 19:30

Menteri Pertahanan Iran, General Ahmad Wahidi memberikan maklum balas positif terhadap permohonan presiden Lubnan Michel Suleiman untuk memperlengkapkan senjata tentera Lubnan.

Menteri Pertahanan Iran berkata demikian sambil lalu kepada wartawan ketika mesyuarat kabinet pada hari Rabu lalu sambil menekankan Iran sudah sedia memberikan maklum balas permohonan tersebut.

Setelah pertempuran dan tentera Lubnan dan Israel di perbatasan rantau itu baru-baru ini, beberapa senator Amerika telah menuduh bantuan ketenteraan negara mereka kepada tentera Lubnan telah disalurkan kepada pejuang Hizbullah. Tuduhan tersebut membawa kepada pembekuan bantuan ketenteraan Amerika yang akan datang kepada Lubnan.

Pembekuan ini menunjukkan polisi Amerika dan negara haram Israel itu ialah mengurangi keupayaan militer dan pertahanan negara-negara rantau tersebut termasuk Lubnan.

Setelah pengumuman bantuan ketenteraan Amerika ke Lubnan dihentikan, presiden Lubnan mengkritik keputusan Washington dan mengistiharkan bahawa Lubnan tidak akan menunggu Amerika dan akan mencari jalan lain untuk melengkapi keperluan pertahanannya.

Sektor pertahanan Lubnan hari ini memerlukan sistem kawalan pantai, roket anti kereta kebal, senjata ringan, artileri dan helikopter maju. Kebanyakan senjata tentera Lubnan adalah buatan Amerika dan ianya sudah berusia lebih dari 25 tahun.

Sementara itu Setiausaha Agung Hizbullah, Sayed Hasan Nasrullah telah memberi ucapannya pada hari malam selasa lalu dengan menekankan senjata tentera Lubnan diperlengkapkan dengan sistem pertahanan perang yang moden. Beliau mengatakan Amerika hanya akan mengirim senjata setelah memastikan tentera Lubnan tidak akan menggunakannya untuk memerangi Israel.

Nasrullah merujuk pada kesediaan Iran melengkapi tentera Lubnan dan menekankan Hizbullah sanggup memanfaatkan seluruh kesetiakawanannya dengan Iran untuk bantuan tersebut.

Selama sedekad lalu tentera Israel telah melancarkan keaggesifannya dengan pengeboman yang memusnahkan negara Arab melalui jet tepur dan kereta kebalnya tanpa tindakbalas. Namun kali ini Lubnan telah menukar strateginya dalam menghadapi musuh dengan memperkukuhkan solidariti dan perpaduan nasional serta bersatu dengan pejuang tanah air menentang semua konspirasi rejim Zionis Israel.