Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Rasulullah (saw) bersabda,
من أصبح و لم یهتمّ بأمور المسلمین فلیس بمسلم
"Barangsiapa yang tidak mengambil peduli urusan kaum muslimin maka ia bukanlah daripada kalangan mereka"
Saat-saat orang Islam di seluruh dunia memperolehi keberkatan maknawi bulan Ramadhan, dan mereka saling menghadapi hidangan bagus untuk berbuka dan sahur, ketika inilah bencana banjir dalam negara saudara Islam mencipta mala petaka.
Banjir ini tidak ada tolok bandingnya selama 80 tahun lalu, lebih dari 22,000 nyawa terbunuh dan hilang di wilayah Khaibar, Punjab, Sind dan Balucistan. Lebih dari 15 juta jiwa saudara semazhab dengan kita terlantar. Begitu juga berjuta-juta pengikut selain dari mazhab Ahlul Bait di wilayah Gilgit dan Baltistan mendapat sengsara kerana bencana alam ini.
Dalam keadaan sistem pengiriman yang sukar dan bantuan kemanusiaan sedunia yang lewat, mereka manghadapi penderitaan kekurangan air bersih, makanan dan ubat-ubatan. Situasi ini menyebabkan peningkatan korban, merebaknya penyakit berjangkit dan penularan wabak berbahaya.
Setelah hujan lebat mencurah lagi saluran bantuan menghadapi masalah besar dan gelombang banjir yang baru memburukkan keadaan situasi yang sudah cukup parah. Selain itu laporan dari pegawai-pegawai Pakistan telah sampai kepada kami menceritakan lebih dari 700 ribu hektar tanah negara yang menghasilkan beras dan kapas telah musnah. Ini adalah tanda-tanda malapetaka besar akan datang yang menyedihkan di rantau tersebut.
Ukuran kerosakan yang sedia ada juga sangatlah luas, penyurutan air akan mengambil waktu 40 hari. Namun gelombang ketiga hujan lebat bakal berkunjung.
Ilham, perintah al-Quran dan pelajaran daripada nabi (saw) dan Ahlul Bait telah mengajar kita bahawa tanda-tanda orang Islam ialah bersimpati dan membantu orang Islam yang berada dalam kesusahan. Majma' Ahlul Bait memohon umat Islam di seluruh pelusuk dunia, pertubuhan-pertubuhan dan tokoh-tokoh mengumpul dan menghulur bantuan kilat dalam bentuk kewangan dan bukan wang sehingga penderitaan mangsa bencana ini dapat dikurangkan.
Pertubuhan-pertubuhan, persatuan kebajikan dan individu yang berkenaan bolehlah menghulurkan bantuannya kepada saudara-saudara yang memerlukan di Pakistan melalui:
1. Penyelia jawatankuasa bantuan dana Imam Khomeini, cawangan Bank Melli dengan nombor akaun 1123
2. Penyelia bantuan dana Bulan Sabit Merah, cawangan Bank Melli dengan nombor akaun 99999
3. Penyelia bantuan kewangan (untuk orang Islam di luar negara) dengan nombor akaun 702070 Bank Melli
4. Penyerahan bantuan bukan kewangan di pondok Bulan Sabit Merah, Jawatankuasa Bantuan (Komiteh Emdad), Basij, kakitangan shalat Jumaat, yayasan kebajikan dan penyalur bantuan keluar. Barangan yang diperlukan: air minuman, ubat, makanan dalam tin, kurma, selimut, kelambu, alatan dapur, alatan kebersihan dan pakaian)
5. Begitu juga Majma' Ahlul Bait yang mempunyai hubungan dengan beberapa individu dan kumpulan orang Islam dan Syiah Pakistan, Majma' ini memaklumkan kesediaannya mengirim bantuan ini kepada mangsa dan pelarian.
Sekali lagi kami mengharapkan semua penyumbang dermawan di seluruh dunia yang bersama kami, semoga amal kita mendapat keridaan Allah (swt), utusanNya dan Imam Zaman Hujjatul Hasan al-Mahdi (aj)