3 September 2010 - 19:30

Setiausaha Agung Hizbullah berkata, ulama Syiah terkemuka Imam Moussa al-Sadr dan dua pengawal peribadinya masih hidup dan ditahan di Libya.

Agensi Berita Ahlul Bait-ABNA.ir, Setiausaha Agung Hizbullah berkata, ulama Syiah terkemuka Imam Moussa al-Sadr dan dua pengawal peribadinya masih hidup dan ditahan di Libya.

Sempena dengan hari al-Quds sedunia, Nasrullah menyeru Libya membebaskan ulama dan kedua pengawal beliau tersebut.

Imam Moussa al-Sadr telah diculik ketika lawatan ramsinya di Tripoli untuk bertemu dengan pegawai kerajaan Libya yang dipimpin oleh Muammar Ghaddafi dalam bulan Ogos 1978.

Beliau dipercayai telah diculik dengan arahan pegawai Libya.

Dalam tahun 2008 kerajaan Libya menyatakan waran tangkap alSadr yang diwartakan oleh Ghaddafi telah hilang. Libya walaubagaimana pun menafikan penglibatan dan menolak sebarang pendedahan maklumat dalam kes ini.