Agensi Berita Ahlul Bait-ABNA.ir, menurut laporan agensi berita nasional BERNAMA tanggal 1 Syawal akan ditentukan dengan kaedah Rukyah dan Hisab berdasarkan sifat Imkanul Rukyah.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Wan Mohamad Syaikh Abdul Aziz berkata, keputusan mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Kalendar Islam pada 13 April lalu telah sampaikan kepada Pejabat Penyimpan Mohor Raja-Raja dalam satu laporan mengenai cara-cara menentukan awal Syawal.
Pejabat Penyimpan Mohor Raja-Raja akan mengumumkan 30 tempat cerapan dan kaedah cerapan di peringkat negeri akan diketuai oleh mufti negeri.
"Hasil cerapan akan dipanjangkan segera ke pengetahuan Penyimpan Besar Mohor Raja-raja serta diumumkan segera setelah mendapat perkenan raja-raja," katanya.