7 September 2010 - 19:30

Ayatullah al-Uzma Sofi mengeluarkan amaran dalam satu notis yang ditujukan Pop pemerintah Amerika tentang mala petaka akibat membakar al-Quran yang dianjurkan oleh sebuah gereja.

Notis ini dalam terjemahan Melayu seperti berikut:

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Berita ngeri keputusan salah satu gereja Amerika ingin membakar naskah-naskah al-Quran merupakan kerosakan yang mendalam, kejahatan dan perseteruan dengan nilai harga insani serta ajaran para nabi. Ia akan mengistiharkan kepada dunia betapa jahatnya ajaran dan pendidikan gereja hari ini. Al-Quran satu-satunya kitab dari agama di kalangan nabi-nabi keturunan Ibrahim yang membesarkan seruan kepada semua orang ke arah Iman:

قُولُواْ آمَنَّا بِاللّهِ وَمَآ أُنزِلَ إِلَيْنَا وَمَا أُنزِلَ إِلَي إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَقَ وَيَعْقُوبَ وَالأسْبَاطِ وَمَا أُوتِيَ مُوسَي وَعِيسَي وَ مَا أُوتِيَ النَّبِيُّونَ مِن رَّبِّهِمْ لاَ نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّنْهُمْ وَنَحْنُ لَهُ مُسْلِمُونَ (بقره/136)

Katakanlah: "Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang diturunkan kepada kami (Al-Quran), dan kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi Ishak dan Nabi Yaakub serta anak-anaknya, dan juga kepada apa yang diberikan kepada Nabi Musa (Taurat) dan Nabi Isa (Injil), dan kepada apa yang diberikan kepada Nabi-nabi dari Tuhan mereka; kami tidak membeza-bezakan antara seseorang dari mereka (sebagaimana yang kamu - Yahudi dan Nasrani - membeza-bezakannya); dan kami semua adalah Islam (berserah diri, tunduk taat) kepada Allah semata-mata".

Kitab ini menerangkan kepada manusia tentang kesejahteraan, perdamaian, kesantunan dan kerahmatan. Ia membuatkan orang ramai membaca syiar Bismillah yang membimbing kepada rahmat. Kitab suci ini satu-satunya dalil kebenaran para nabi terdahulu dan seruan dari langit.

Jikalau lebih dari satu bilion dan lima ratus juta orang hari ini menganggap ia adalah kitab agama, peraturan berfikir, aqidah, ibadat, akhlak, dan pendidikan dan perhubungan manusia, juga penyelidik dan ulama Quran dari bangsa yang berbeza mengakui bahawa Quran itu suci untuk memicu kesedaran dan kebangkitan, maka hendaklah kitab itu diletakkan penghormatan, kesucian dan pengukuhan hidayat. Hendaklah juga kitab itu menjadi panduan oleh semua bangsa dan suku.

Keputusan membuat penghinaan terhada kitab suci seperti ini merupakan penghinaan terhadap kesucian para nabi terutamanya nabi Ibrahim, Musa, Isa termasuk juga Maryam Azra yang telah diperkenalkan dalam Quran sebagai wanita terbaik dan suci di zamannya di mana al-Quran menyatakan, "Sesungguhnya Allah telah memilihmu dan menyucikanmu (Maryam)".

Dengan ungkapan ini bersama satu juta bilion lima ratus juta kaum muslimin dan umat manusia yang benar-benar bertamaddun saya mengutuk dan menyatakan bahaya besar perbuatan babarian ini untuk semua insan. Saya memaklumkan ia akan mencucuh api fitnah besar. Kami memberi amaran kepada Pop dan pemimpin-pemimpin Kristian, jikalau peristiwa menyedihkan dan tidak berperikemanusiaan begini berlaku saya menganggap pemerintah Amerika dan presiden Obama bertanggung jawab. Hendaklah tanpa berlengah lagi paderi itu ditangkap dan gereja itu ditutup buat selama-lamanya.

28 Ramadhan 143117/6/1389Lutfullah Shafi