8 September 2010 - 19:30

Penetapan tanggal 1 Syawal telah diumumkan jatuh pada hari Jumaat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

Agensi Berita Ahlul Bait-ABNA.ir, Rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam akan menyambut 1 Syawal pada hari Jumaat ini. Pengumumuan ini diistiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Engku Tan Sri Ibrahim  Engku Ngah pada Rabu malam melalui siaran Radio Televisyen Malaysia.

"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Jumaat, 10 Sept 2010," katanya.

Tarikh Hari Raya Aidilfitri ditetapkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berdasarkan rukyah dan hisab menerusi 30 tempat pencerapan di seluruh negara.