8 September 2010 - 19:30

Vatican sebulat suara mengatakan pembakaran al-Quran adalah "pencabulan hak dan mengundang kerosakan". Kata-kata ini mengiringi suara yang menyokong pembakaran Quran sempena memperingati peristiwa 11 September.

Pertubuhan Vatikan yang bertanggung jawab untuk dialog dengan agama-agama lain memandang serius rancangan Dove World Outreach Center di Gainesville, Florida.

Setiausaha Kenegaraan Amerika Syarikat Hillary Clinton berkata ia adalah perbuatan kurang ajar dan memalukan. Beliau berkata demikian pada malam Selasa dalam majlis makan malam sempena Ramadhan bersama Jabatan Negeri.

Pernyataan beliau keluar setelah Komandan tertinggi tentera Amerika di Afghanistan General David Petraeus memberi amaran bahawa rancangan itu akan menyebabkan masalah besar kepada tentera Amerika di luar negara.

Walaupun tekanan memuncak, uskup gereja Florida Terry Jones berkata pada Rabu lalu, "Hingga saat ini kami belum berhasrat membatalkannya".

Jones beberapa minggu lalu mengingkari rayuan pembatalan acara tersebut sambil berkata golongan radikal Islam adalah matlamat mesej yang ingin disampaikannya.

Rancangan tersebut telah melakar kritikan tajam daripada umat Islam seluruh dunia termasuk pegawai-pegawai Amerika.

Duta Amerika di Pakistan mengutuknya sebagai "Kurang ajar, tidak toleransi dan memecah belah" dalam pernyataannya pada hari Rabu.

"Kami memandang serius tentang percubaan sengaja menyakiti penganut mana-mana agama atau sebuah etnik", kata Stephen Engelken, setiausaha 2 pegawai diplomat kedutaan itu.

Kedutaan Amerika di Kabul, Afghanistan Selasa lalu mengeluarkan pernyataan dengan mengatakan pemerintah Amerika tidak akan memaafkan aksi biadab terhadap Islam ini, dan ia sangatlah menyakiti penganut agama dan kumpulan etnik."

"Pesanan biadab itu bertentangan dengan dasar pemerintah Amerika dan sangatlah kurang ajar terhadap umat Islam terutama sekali di bulan Ramadhan."

"Semua rakyat Amerika dan etnik yang berbagai latar belakang menolak inisiatif kumpulan kecil ini di Florida. Sejumlah besar rakyat Amerika telah menyuarakan protes terhadap pernyataan yang menyakitkan dari organisasi ini", kata kedutaan Afghanistan.

Duta Amerika ke Iraq, James Jeffrey mengeluarkan pernyataan bersama dengan Pengarah Am lasykar Amerika di Iraq Lloyd Austin mengutuk perbuatan itu.

"Bulan Ramadhan sudah dekat dan warga Iraq bersiap-siap menyambut Eidul Fitri, kami bersama-sama dengan rakyat Iraq dan setiap bangsa menolak kebencian agama serta meletakkan penghormatan dan mempertahankan kepelbagaian kepercayaan saudara kita".