27 September 2010 - 20:30

Mangsa tragedi di India kini sangat memerlukan bantuan kilat berupa selimut, peralatan rumah dan bahan binaan daripada marji' Taqlid dan para mukminin lebih-lebih lagi menjelang musim sejuk.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Fanatik Hindu telah menyerang kawasan Syiah di kawasan Lahna Elahabad - Ahmadabad di wilayah Gujerat di mana rumah-rumah dibakar dan harta benda disamun.

Situasi Syiah di kawasan ini sangat kritikal kerana rumah mereka yang dibina dari lumpur telah dibakar dan sama sekali tidak dapat dihuni lagi kerana kerosakannya yang dahsyat.

Dalam serangan ganas Hindu ini salah seorang pelajar Hawzah Ilmiyah Qom bernama Hujjatul Islam Syahid Rizvi telah disembelih dan mayat, rumah serta harta benda beliau telah dibakar.


Mangsa-mangsa tragedi di India ini sangat memerlukan bantuan kilat berupa selimut, peralatan rumah dan bahan binaan daripada marji' Taqlid dan para mukminin lebih-lebih lagi menjelang musim sejuk.


Dukacita dimaklumkan serangan Hindu ke atas kawasan Syiah pada bulan Ramadhan ini telah membawa pembunuhan kononnya atas masalah politik.