8 Oktober 2010 - 20:30

Satu lagi siri kekejaman Israel seorang pemimpin Yahudi didakwa melanggar dua kanak-kanak Palestin di timur al-Quds (Jerusalem) berhampiran Silwan dan melarikan diri dari tempat kejadian. Gambar peristiwa ini sempat dirakamkan oleh AFP.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Satu lagi siri keganasan Israel terhadap warga Paelstin, seorang pemimpin Yahudi melanggar dua kanak-kanak Palestin di timur al-Quds (Jerusalem) berhampiran Silwan dan melarikan diri dari tempat kejadian.

Insiden ini berlaku ketika protes setelah solat Jumaat.

Kereta Israel yang dipandu oleh David Be'eri, pemimpin radikal pertubuhan Elad yang berhasrat ingin mengambil membuka penempatan haram Yahudi di Silwan didakwa melanggar dua kanak-kanak Palestin sehingga salah seorang daripadanya melambung.

Mangsa Imran Mansur 11, dan Iyad Gheit 10, mendapat kecederaan parah dan dikejarkan ke hospital. Insiden ini telah dirakamkan oleh seorang jurukamera dan wartawan di tempat kejadian.

Rangkaian gambar menunjukkan salah seorang kanak-kanak tersebut berusaha untuk tidak dimasukkan ke dalam kereta supaya dibawa ke hospital. Menurut PressTV kanak-kanak Palestin biasanya takut memasuki ke dalam kereta yang tidak dikenali kerana banyak peristiwa teman-teman mereka telah diculik oleh askar penjajah.