13 Oktober 2010 - 20:30

Sebuah laman web tidak rasmi mendakwa Soleh Wardani seorang penyelidik terkenal di Mesir telah ditangkap dan sedang disoal siasat. Namun hakikatnya beliau berada di Qom tanpa sebarang masalah

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Sebuah laman web kelmarin 21 Mehr 1389 bertajuk 'Imam Zaman telah ditangkap di Mesir', namun sebaliknya beliau berada di Qom, Iran.

Kesilapan laman web ini berpunca dari laporan kata-kata seorang yang terpelajar dalam bidang agama dan media di Qaherah yang mendakwa, "Syaikh Soleh al-Wardani seorang penulis, aktivis Syiah Mesir telah ditangkap, sekarang beliau pasukan keselamatan sedang menyoal siasatnya dan mengambil keterangannya".

Berita ini terbit ketika Dr Soleh al-Wardani berada di Iran tanpa sebarang masalah sedangkan beliau sudah bertahun-tahun tidak tinggal di Mesir.

Laman web ini menceritakan lagi, "Salah seorang yang ditangkap bernama Ahmad Hasan al-Yamani, seorang Syiah warga Maghribi". Turut dinyatakan di situ pihak polis percaya bahawa dia adalah Imam Mahdi yang dinanti oleh Syiah! Padahal ramai orang sudah maklum bahawa riwayat Sunni dan Syiah tidak pernah menyatakan nama Imam Mahdi sebagai Ahmad. Lagipun Imam Mahdi yang dinanti itu bukanlah warga Yaman atau Maghribi. Intisari berita ini dilihat sama sekali tidak cermat dan tidak menghiraukan manfaat yang diperolehi pembacanya.

Sayang sekali beberapa laman web akhbar online meletakkan tajuk kontroversi demi menarik perhatian pembacanya sekaligus menyinggung institusi agama dengan kata-kata yang tidak sopan.