Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) Ayatullah al-Uzma Makarim Syirazi dalam satu pertemuan bersama anggota Majma' al-Ghadir di Masyhad berkata, "Masyhad sentiasa menegakkan panji-panji Wilayat dan sering menganjurkan acara-acara al-Gadir".
Beliau dalam pertemuan ini menyatakan, "Penganjur program minggu al-Ghadir hendaklah memasukkan perbahasan akal dan mantiq dalam acara mereka kerana ia bukan sahaja boleh menyingkir penghalang perpaduan kaum muslimin, bahkan boleh menyebabkan berkurangnya ikhtilaf di kalangan mereka yang taksub menyerang Syiah. Disebabkan perkara ini juga mereka sampai hari ini masih gagal mengenal Syiah".
Ayatullah al-Uzma Makarim Syirazi turut berkata, "Mazhab Syiah hendaklah diperkenalkan dengan dalil disamping mengenepikan golongan ekstremis serta tidak memperdulikan perkara yang memberi keuntungan kepada musuh".
Beliau menegaskan, "Islam di zaman ini menghadapi penentangnya sehingga ia bertukar dari sebuah pegangan kepada sebuah pergerakan politik, di zaman mereka tidak menentang Islam dan Syiah, umat Islam masih lagi dapat hidup dengan aman".
Ayatullah Makarim Syirazi menambah, "Setelah revolusi Islam Iran, ramai ahli politik rasa gelisah dan umat Islam di seluruh dunia telah bangkit. Kerana inilah ada ahli politik sedunia yang berusaha perbagai cara untuk melemahkan Islam kerana menurut pandangan mereka Islam telah mengganggu matlamat mereka.
Sambil menyatakan usaha memerangi Syiah sedang rancak di beberapa buah negara seperti Arab Saudi, Lubnan dan Iraq beliau menambah, "Hari ini penentang Islam mahukan Syiah menjadi lemah walau apa cara sekalipun, kita juga tidak akan berdiam diri menghadapi penantangan ini".
Mengenai serangan terhadap Syiah secara besar-besaran beliau menyatakan, "Hari Allamah Amini menulis tentang al-Ghadir tidak seperti hari ini; namun di zaman ini hendaklah ada usaha lebih tekun dengan mengaktifkan laman-laman web dan siaran televisyen melebihi dari usaha pihak musuh".
Ayatullah Makarim Syirazi menambah, "Kini Wahabi berada di medan memerangi Syiah dan mereka menganggap kemajuan Syiah adalah satu ancaman besar".
Beliau mengingatkan, "Kegiatan Wahabi ini secara langsung mendedahkan mereka itu adalah hamba Amerika dan hidup mereka kini bergantung dengannya. Kerana ini mereka telah menyiapkan sebuah siaran televisyen dalam bahasa Parsi yang menyerang Syiah untuk tayangan kepada jemaah haji Iran serta menyebarkan banyak kitab menentang Syiah".
Ayatullah Syirazi menegaskan, "Sayang sekali, gerakan Syiah untuk menghadapi musuh agama dan mazhab masih tidak cukup jikalau kerajaan ini bersambil lewa. Masyarakat hendaklah lebih berusaha dan beringat bahawa tindakan Wahabi kepada jemaah Haji ini bertentangan dengan sifat insani. Gerakan Wahabi ini perlu dilaporkan kepada pertubuhan-pertubuhan di peringkat antarabangsa"