Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Kelmarin di hari Syahadah Imam Muhammad al-Baqir (as), Ayatullah al-Uzma Husain Nuri Hamdani dalam pertemuan dengan anggota Majma' Syi'ah Syenasi di Qom berkata, "Imamah adalah Ushul yang penting dalam Islam, dan Ahlul Bait rela berkorban kerananya. Oleh itu kita berkewajiban menghidupkan dan menjaga fondasi suci Imamah".
Beliau menambah, "Sepanjang sejarah musuh-musuh yang cuba menghapuskan kebudayaan Ahlul Bait (as), mereka telah menggunakan seluruh peralatan seperti pena, kekuatan dan kesempatan selain menolak ajaran Syiah. Mereka dalam sejarah berusaha menyingkirkan Ahlul Bait dengan cara membawa musuh-musuhnya ke tengah medan serta mengiktiraf kerja-kerja mereka. Sampai hari ini kita masih berada di dalam zaman yang penanya dan kekuatannya di tangan musuh Ahlul Bait (as).
Ayatullah Nuri Hamdani berterus terang, hari ini ejen-ejen anti Syiah menyebarkan buku menentang Syiah yang mengandungi perkataan sangat biadap ke seluruh pelusuk kota Qom. Ribuan hadis anti Syiah dari pusat-pusat propaganda Wahabi dinukil untuk menimbulkan masalah kepada Syiah. Untuk menjawab masalah ini hendaklah kita merujuk kepada berbagai kitab supaya dapat melangkah ke depan kerana menyebarkan buku jawaban sahaja masih tidak mencukupi.
Guru Hawzah ini sambil menyatakan sekarang ini Wahabi telah menyabarkan berjuta-juta kitab di Makkah, beliau berkata, "Wahabi dan firqah-firqah seperti ini ingin menyerang Syiah habis-habisan sehingga ia benar-benar hancur dan rosak. Mereka bercakap tentang pengasasan Syiah di zaman perang Jamal dan Siffin, sebahagian mereka mengatakan ia terbentuk setelah perang Karbala. Mereka menulis pembentukan Syiah seperti ini di dalam kitab-kitab mereka. Oleh itu komuniti Syiah hendaklah lebih maju ke depan dengan penulisan, perbahasan dan dialog. Kemudian keputusannya hendaklah diketengahkan untuk tatapan dunia seterusnya pembohongan dan penyelewengan beberapa firqah dapat dijelaskan".
Marji' Taqlid ini menegaskan, "Hendaklah kita berfikir apakah jalan lain selain dari menerbitkan kitab untuk menjawab permasalahan ini. Sekarang ini kebanyakan masjid kota-kota di eropah dipegang oleh Wahabi dari Arab Saudi yang menguasai beberapa bahasa serta menggunakan kesempatan solat Jumaat untuk berdakwah. Di Qom hendaklah kita mendidik pelajar supaya menguasai bahasa asing untuk diutus ke beberapa buah negara. Bebepara individu yang berpotensi hendaklah dikenalpasti untuk menjadi aset dakwah seterusnya diberi peluang belajar sehingga ia mampu berdakwah".