Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang.
Sekali lagi menjelang bulan kedukaan Muharram dan akademi Karbala membuka pintu buat para pencintanya; ia mengajar pengajian syahid, keberanian, kebebasan, keadilan, tidak bertolak ansur ketika berdada dengan kezaliman di mana pintu gerbang dan dindingnya tertera "هيهات منّا الذلة" (Jauh dari kami kenistaan). Para guru tua di akademi ini ialah Habib bin Mazahir, Muslim bin 'Ausjah sehingga golongan iaitu Ali Akbar, Qosim bahkan Ali Asghar yang masih menyusui - setiap seorang memberi tauladan kecintaan serta menjadi veteran personaliti ideal dalam kefanaan cinta untuk mengenal Imam zamannya.
Di ambang bulan Muharam pelajaran ini datang lagi untuk memperbaharui janji-janji yang mengiringi syair-syair perang Husaini di mana ia penuh dengan tauladan; ini adalah bulan yang serta merta menggerakkan kebangkitan dan perpaduan utuh dalam menghadapi kezaliman dan penindasan; ini adalah bulan Amar Makruf untuk hidup yang punya harga; dan bulan Nahi Munkar yang memerangi kesesatan-kesesatan...
Bulan Muharam sudah menjelang dengan kelangsungan majlis-majlis, festival-festival yang meniti di jalan Maktab Husaini sehingga panji-panji Islam Muhammadi yang sejati berkibaran dan haruman budaya Asyuranya merebak ke segenap pelusuk dunia Islam. Pemimpin agung revolusi Islam al-Marhum Imam Khomeini menegaskan tentang kebesaran dan kepentingan Muharam sebagai: "Islam yang kalian lihat dan kita sama-sama raih hari ini telah dipelihara oleh Sayidul Syuhada... Sayidul Syuhada (as) telah menyelamatkan Islam... Majlis mengenang Sayidul Syuhada bertujuan menjaga Maktab Sayidul Syuhada (as)... sekarang sudah seribu empat ratus tahun kita telah dipelihara oleh minbar-minbar, tangisan-tangisan, majlis-majlis, musibah-musibah dan maktam-maktam ini".
Fundamental budaya ini adalah seperti yang dinyatakan oleh Ayatullah Sayed Ali Khamenei sebagai: "Jikalau umat Islam memakmurkan nama Husain dan mengenangnya, serta mengambil tauladan daripadanya, maka semua halangan dan masalah akan berlalu pergi".
Majma' Ahlul Bait selaku badan antarabangsa yang dianggotai ratusan ilmuan penulis dari berbagai negara dan mempunyai sumber pemikiran dan kebudayaan di antara berjuta-juta tokoh agamawan dari seluruh dunia menyatakan perkara penting tentang majlis kedukaan mengenang Imam Husain (as) seperti berikut:
1. Hendaklah kita memanfaatkan tanggungjawab di hari-hari kedukaan Aba Abdillah al-Husain (as) dengan seribu daya seperti meraih intan permata yang mahal iaitu mennghadiri dan menyertainya. Sesungguhnya pekerjaan ini berada di jalan Taufiq Ilahi.
2. Hendaklah majlis kedukaan dilangsungkan dengan sebaik-baiknya tanpa sebarang perhiasan dan ucapan yang mengandungi unsur-unsur syirik dan ghulu. Jauhilah sebarang amalan yang menyebabkan Islam dihina dalam pandangan insan lain.
3. Tiada syak lagi, pendekatan terbaik menunaikan Azadari ialah dengan menerangkan hakikat yang tidak dapat dimungkiri dan peristiwa bersejarah di kalangan umat Islam pada hari Asyura tahun 61 Hijrah di mana kisah-kisahnya boleh didapati dari hadis-hadis para Imam (as).
4. Dunia Islam hari ini memerlukan keamanan dan perpaduan lebih dari zaman-zaman terdahulu. Perpaduan ini muncul dari seluruh umat yang mempunyai Ushul Islam yang sama; seperti mana pemimpin revolusi Islam yang bijak laksana telah beberapa kali menerangkannya bahawa perpaduan umat terdapat dalam kesamaan Ushul Agama yang boleh ditaksir dan diamalkan. Tiada syak lagi, para imam (as) melebihi dari sesiapa pun dalam menekankan aspek-aspek perpaduan dan kesetiakawanan. Oleh itu hendaklah kita bersungguh-sungguh teliti serta mencegah diri dari membawa gambar-gambar khayalan dan penafsiran yang tidak realistik tentang kebangkitan revolusi Husain (as) dalam majlis-majlis beliau dan keluarganya yang suci. Begitu juga pemimpin-pemimpin tulus ketiga, tidak boleh dipromosi dengan gambaran yang menyesatkan kepada umat Islam umumnya. Janganlah kita menyediakan sebarang latar yang boleh dipergunakan oleh kaum munafiq dan pihak musuh.
5. Kebudayaan Husaini pada hari ini telah terkenal di seluruh pelusuk dunia dengan berkatnya kejayaan revolusi Islam; ia juga telah membawa kestabilan fungsi keilmuan dan pembangunan manusia. Hari ini nama, perjuangan dan pengorbanan Husain (as) serta keluarganya telah masyhur sejak berkilaunya pancaran zuhur Asyura tahun 61 Hijrah yang tersebar luas dari timur hingga ke barat dengan merintis siri-siri kebebasan dunia. Setelah peristiwa itu terjadi, tidakkah laungan anti kezaliman dan suara yang tertindas Aba Abdillah al-Husain (as) yang kita ketengahkan merupakan budaya murni untuk menentang budaya-budaya tidak efisyen, penderitaan insan dan pandangan asas dunia materialistik? Apakah belum sampai masanya untuk kita sebulat suara menerangkan kepada penduduk dunia tentang kebebasan, pencarian kebenaran, anti kezaliman, pengorbanan nyawa dan harta di jalan akidah, serta pemahaman umum dari tarbiyat budaya Asyura?
6. Islam dalam kurun ini berjaya berkembang lebih mekar di arena antarabangsa; di mana penggeraknya terdiri daripada golongan yang ditindas dan dianiaya dengan memahami risalah kebenaran. Mereka berusaha membanting tulang untuk sampai ke kota impian Islam dan kemakmuran negeri serta daerahnya yang stabil. Hari ini darah suci umat Islam yang ditindas di Gaza, pemegang panji kebebasannya telah mencipta kebanggaan. Kemanusiaan menghadapi golongan yang tidak punya belas kasihan meski kononnya mengaku bertamadun, dan pejuang hak asasi manusia yang bergelar insan dalam diam menonjol, bangkit menghadapi Zionis di peringkat antarabangsa dan mereka tahu syurga akan memberikan keuntungan. Memang benar, inilah adat budaya yang akan melanjutkan pelajarannya. Demi mengambil semua iktibarnya, hendaklah kita meneruskan acara-acara ini hingga akhir hayat. Inilah kisah hari berdarah umpama padang yang penuh dengan bunga madat. Kita hari ini sama-sama menjadi pemilik warisan berharga itu.
Akhir kalam, Majma’ Ahlul Bait turut mengucapkan takziah di hari-hari yang penuh dengan dukacita ini. Walau bagaimana pun, hendaklah kita mengenal Ahlul Bait (as) dengan sebaik-baiknya dan seterusnya mencintai keluarga maksum yang telah dibersihkan ini. Jadikanlah budaya murni Husaini ini sebagai pusat pengajian Syahadah sebagaimana gerakan revolusi merah yang mengambil iktibar dari pelajaran Asyura demi hari ini dan masa akan datang. Majma’ juga turut mengharapkan para pemilik minbar Husaini, penyair dan penceramah agar menjaga wawasan dam maknawi yang ingin dipromosikan kepada orang ramai ketika menyebut kelebihan Ahlul bait dan menerangkan falsafah kebangkitan Aba Abdillah al-Husain (as).
«اللهم اجعل محيانا محيا محمد و آل محمد و مماتنا ممات محمد و آل محمد»
مجمع جهاني اهل بيت (ع)
Majma’ Ahlul Bait Sedunia
16 آذر 1389 ـ محرم الحرام 1432