Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Ulama Ahlusunnah Syaikh Yusuf al-Qardawi dalam satu ceramahnya dalam saluran televisyen al-Jazeera berkata golongan Syiah lebih mementingkan aspek logika dan sangat menghormati ulama mereka".
Sambil menyatakan kekesalan atas musibah yang melanda Sunni-Syiah di Iraq dan Lubnan, beliau berkata, "Umat Islam siap untuk berkorban demi Allah namun mereka tidak seharusnya saling berperang".
"Dunia Islam telah berpecah kepada beberapa mazhab dan saling berselisih, namun kita belum bersiap sedia menghadapi musuh jikalau kita tidak mahu bermasyarakat".
Syaikh Yusuf al-Qardawi dalam beberapa bahagian ceramahnya menyatakan harapan kepada negara-negara Islam supaya menyokong nuklear Iran dan umat Islam haruslah dilengkapi kemajuan supaya dapat berdepan dengan musuh.