23 Disember 2010 - 20:30

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Ketua penerangan keadilan Dr Muhammad Nur Manuty berkata, media Malaysia yang dikawal oleh parti pemerintah sengaja mensensasikan berita penangkapan 200 pengikut Syiah Imamiyah di Gombak miggu lalu dengan tujuan mengalih perhatian rakyat dari memfokuskan isu pokok termasuk penggantungan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat menurut laporan Keadilan Daily.

Beliau mengatakan demikian kepada Keadilan Daily sambil menambah, “Banyak lagi tindakan yang akan BN lakukan, dan pasti ada pihak yang akan menjadi mangsa, bagi mengaburi tindakan tersembuyi mereka".

Kata beliau lagi tindakan kerajaan 'melambakkan' berita termasuklah yang tidak sahih kepada rakyat bertujuan mencipta kesesakan maklumat.“Jadi, rakyat akan keliru mana satu maklumat yang benar, mana yang palsu. Mereka tidak dapat berfikir, dan gejala ini diteruskan BN hinggalah menjelang pilihan raya umum akan datang". kata beliau lagi.