31 Disember 2010 - 20:30

Akhbar al-Safir Lubnan melaporkan Raja Abdullah bin Abdul Aziz akan berkunjung ke Tehran dalam rangka lawatan rasmi terhadap pegawai-pegawai Iran tidak lama lagi.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Akhbar al-Safir Lubnan melaporkan pegawai diplomat Arab telah memaklumkan bahawa Raja Abdullah bin Abdul Aziz akan memberi jawapan terhadap undangan pegawai-pegawai Iran tentang kunjungannya ke Tehran sekiranya keadaan fizikalnya mengizinkan.

Berdasarkan pernyataan diplomat-diplomat tersebut, hubungan baik antara raja Arab Saudi dan presiden Syria Bashar al-Asad bakal menyaksikan perubahan drastik untuk masa depan rantau tersebut.

Sumber tersebut turut menyatakan kunjungan ini berdasarkan maklumat dari Tehran bahawa Raja Abdullah II akan melawat Tehran di awal tahun 2011.

Penganalisa politik pula menjangka kunjungan ini akan memberikan hasil yang baik untuk menyelesaikan beberapa masalah tentang teluk Parsi di rantau Timur Tengah yang melibatkan Iran, Arab Saudi, Syria dan Turki.