Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Terjemahan kenyataan media Majma' Ahlul Bait adalah seperti berikut:
بسم الله الرحمن الرحیم
و إِذَا حَكمْتم بَيْنَ النَّاسِ أَن تحكُمُواْ بِالعَدلِ إِنَّ اللّهَ نِعِمَّا يَعِظكُم بِهِ إِنَّ اللّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا سوره نساء – آیة 58
Dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. - Surah al-Nisa ayat 58.
Ketika kerajaan Bahrain diharap mengambil iktibar dengan nasib Tunisia dan Mesir yang memenuhi permintaan tuntutan keadilan warganya, malangnya kita menyaksikan mereka bertindak sebagai pengecut dengan menyewa askar asing dari luar negara untuk menghadapi rakyat sendiri.
Namun situasi ini tidak dapat juga mengembalikan keamanan kepada negara Bahrain, bahkan ia membawa krisis tuntutan rakyat yang lebih besar.
Oleh kerana ini, Majma' Ahlul Bait selaku pertubuhan antarabangsa bukan kerajaan yang dianggotai ratusan elit pengikut Ahlul Bait memklumkan:
1. Sebarang campur tangan asing di Bahrain dihitung sebagai pencabulan hak asasi penduduk negara ini, termasuk perbuatan memberi izin kehadiran tentera negara lain.
2. Wajib ke atas pertubuhan-pertubuhan hak asasi manusia dan institusi kemanusiaan terutamanya negara-negara Islam memenuhi suara tuntutan rakyat Bahrain yang dizalimi (termasuk di Libya dan Yaman) yang menghadapi tentera tanpa senjata dan pertahanan sehingga mereka dilengkapi alat persenjataan.
3. Kami memberi amaran kepada institusi diraja Bahrain supaya berhenti bertempur secara ganas dengan penduduk awam bersama samseng atau orang asing dan ketahuilah, berdepan dengan orang awam secara paksa tidak akan membantu menyelesaikan masalah Bahrain, bahkan ia akan mengurangkan kemungkinan penyelesaiannya.
4. Kami memohon daripada Allah agar mengurniakan kesabaran yang indah kepada rakyat Bahrain yang dizalimi dalam kesukaran dan musibah. Kami pohon juga agar ganjaran yang sebaiknya beserta darjat yang tinggi untuk saudara kita yang gugur syahid. Kami berdoa agar mereka sentiasa bersatu dan bertawakkal kepada Allah.
و ما النصر الا من عند الله العزیز الحکیم سوره آل عمران ـ آیة 126
Dan pertolongan yang membawa kemenangan itu hanya dari Allah Yang Maha kuasa, lagi Maha Bijaksana. - Surah Ali 'Imran ayat 126.
Majma' Ahlul Bait
9 Rabi'ul Akhir 1432 Hijrah.