8 April 2011 - 19:30
News ID: 235725
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Hari ini genaplah 55 hari kebangkitan warga Bahrain menentang pemerintah yang menindas rakyatnya sendiri. Antara peristiwa penting yang terjadi sejak malam tadi ialah:
Pukul 00:05 waktu Tehran- Kesinambungan laungan takbir.
Slogan Takbir menggema ruang angkasa dari puncak bangunan dan bumbung rumah-rumah di seluruh kota dan desa. Laungan keramat ini menandakan bahawa semangat para revolusioner belum luntur untuk menegakkan Amar Ma'ruf dan Nahi Munkar.
Pukul 01:50 waktu Tehran- Ucapan Syaikh Salman Ali Salman.
Hujjatul Islam Syaikh Ali Salman, pemimpin Komuniti Wifaq memaklumkan masalah politik negara tersebut terlalu banyak sehingga masyarakat Bahrain terpecah menjadi dua kelompok. Selagi pembaharuan dalam pentadbiran negara tidak dilakukan, negara tersebut tidak akan mempunyai masa depan yang cerah.
Pukul 02:00 waktu Tehran- Demonstrasi di German
Demonstrasi di Frankfurt diumumkan berlangsung pada hari ini. Kelmarin demonstrasi telah berlangsung di beberapa buah negara dengan tema 'Selamatkan Bahrain'.
Pukul 6:30 waktu Bahrain- Propaganda Saudi tidak berkesan.
Imam Jumaat Qom, Hujjatul Islam Wal Muslimin Husaini berkata, "Warga Bahrain pasti mengetahui bahawa kemenangan berada di sisi mereka. Propaganda Saudi dengan cara pecah belah dan pembunuhan tidak memberi kesan terhadap kemenangan".
Beliau dalam khutbah Jumaat Qom menegaskan, "Hawzah Ilmiyah dan para Marji' melihat bencana besar terhadap mereka sebagai musibah".
Pukul 10:54- Kritikan terhadap diamnya Majlis Keselamatan tentang Bahrain.
Wakil Iran di PBB menafikan Republik Islam itu masuk campur dalam urusan dalaman negara lain. Beliau menambah, "Kami tidak mahu turut campur dalam urusan dalaman negara lain dan negara jiran. Sudah tentu kami juga tidak setuju ada negara yang masuk campur dalam urusan negara lain. Kami menganggap prosedur rangka kerja kemasukan tentera beberapa negara Majlis Kerjasama Teluk Parsi di Bahrain sebagai tidak sah. Kami yakin masa depan Bahrain ditentukan oleh rakyatnya".
Muhammad Khuza'i mempersoalkan kenapa masyarakat antarabangsa berdiam diri ketika melihat pencerobohan askar Saudi di Bahrain. Beliau menambah, "Jikalau PBB dan Majlis Keselamatan mengetahui masalah sebenar, apakah maksud standard berat sebelahnya? Maka perkara ini hendaklah dibahaskan juga".