10 April 2011 - 19:30

Sumber dari Bahrain mengatakan penceroboh Arab Saudi dan pasukan keselamatan Bahrain hingga kini telah menangkap 24 kanak-kanak dan remaja Syiah. 14 daripadanya berusia kurang dari 14 tahun.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Salah satu sumber berita Bahrain memaklumkan, Arab Saudi dan pasukan keselamatan Bahrain hingga kini telah menangkap 24 kanak-kanak dan remaja Syiah.

Sumber tersebut enggan menyiarkan nama-nama mereka. Sejak Jumaat lalu pihak Saudi dan Bahrain melancarkan gerakan menangkap aktivis politik dan revolusioner Syiah tanpa had. Hingga saat ini seramai 24 kanak-kanak dan remaja yang ditangkap telah dibawa ke tempat yang tidak diketahui.

Sebelum ini, sejak bermula kebangkitan warga Bahrain hampir 40 remaja di bawah 17 tahun telah ditangkap oleh pasukan keselamatan dan dipenjarakan.

Pencabulan hak asasi manusia oleh pihak berkuasa Bahrain ini bukanlah perkara baru, sepanjang beberapa tahun lalu hukuman mati dan penjara seumur hidup telah dijatuhkan terhadap remaja di bawah umur 17 tahun.