20 April 2011 - 19:30

Seorang aktivis Bahrain dan penyair yang pernah mengarang puisi anti kerajaan dilaporkan terbunuh setelah ditangkap dan diperkosa pasukan keselamatan di Manama.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Seorang aktivis Bahrain dan penyair yang pernah mengarang puisi anti kerajaan dilaporkan terbunuh setelah ditangkap dan diperkosa pasukan keselamatan di Manama.

Ayat al-Ghermezi, 20, telah membaca puisi yang mengkritik pemerintahan regim dan Perdana Menteri Bahrain Khalifah Ibnu Salman al-Khalifah sewaktu protes di Bulatan Mutiara, Manama menurut laporan Fardanews.

Menurut keluarganya, tidak lama setelah itu Ghermezi menerima banyak surat dan emel berisi ugutan dan penghinaan. Ketika perkara ini dirujuk kepada pihak polis beliau diejek dan dicerca oleh pegawai polis.

Bulan Mac lalu, pasukan keselamatan dengan arahan pegawai tertinggi mereka telah menyerbu rumah Ghermezi sebanyak dua kali. Dalam usaha mencarinya keluarga beliau telah diugut akan diruntuhkan rumah di atas kepala mereka.

Meskipun dipaksa, ibu Ghermezi hanya terdaya menjawab penyair itu tidak pernah meninggalkan apa-apa pesanan.

Dalam pertengahan bulan April, keluarga Ghermezi menerima panggilan daripada orang yang tidak dikenali yang memberitahu bahawa beliau berada dalam keadaan koma di hospital tentera.

Di hospital, doktor mengesahkan Ghermezi dalam keadaan koma setelah diperkosa beberapa kali. Cubaan pasukan perubatan menyelamatkan beliau gagal dan penyair ini akhirnya meninggal dunia di hospital tentara.

Sementara itu ramai lagi wanita yang lain termasuk doktor, professor universiti dan pelajar telah diculik dan ditahan oleh pasukan keselamatan Bahrain.

Sejak pertengahan Februari lalu, ribuan penunjuk perasaan anti kerajaan Bahrain telah memenuhi jalan-jalan menyeru dinasti Al Khalifah turun dari takhta pemerintahan negara yang sudah menghampiri 40 tahun.

Pada 13 Mac, pasukan tentera Saudi telah dikirim ke Manama untuk membantu regim Al Khalifah menumpaskan protes besar-besaran warga Bahrain.

Menurut sumber tempatan, berpuluh-puluh rakyat telah dibunuh dan ratusan yang lain ditangkap sepanjang demonstrasi aman.

Walau bagaimana pun PressTV menerima panggilan daripada penduduk tempatan Bahrain yang mengatakan berita kematian penyair ini hanyalah percubaan kerajaan Bahrain untuk menghilangkan kepercayaan orang ramai terhadap media.