Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Penganut agama Islam dan Kristian bermazhab Koptik di Mesir mengangkat Al-Quran dan salib di dataran Tahrir, Kaherah selama protes anti kerajaan yang bermula sejak bulan Januari lalu.
Menurut tinjauan yang dilakukan oleh Amerika yang berpengkalan di Pew Research Center, kepercayaan yang baru terungkap di kalangan majoriti rakyat Mesir ialah undang-undang di negara mereka mesti berdasarkan ajaran kitab suci Islam, Al Qur'an.
Tinjauan ini mencerminkan ajaran Islam mulai berakar umbi di kalangan masyarakat Mesir dan ia mencenderungkan mereka ke arah konservatisme agama, Associated Press melaporkan.
Hasil kajian statistik Isnin lalu juga menunjukkan bahawa Mesir lebih suka memilih parti-parti keagamaan termasuk yang akan memerintah nanti.
54 peratus dari mereka yang ditinjau juga ingin mengakhiri perjanjian damai 32 tahun negara mereka dengan Tel Aviv yang membuatkan Mesir sebagai negara Arab pertama yang mengiktiraf Israel.
Sampel ujikaji juga menemukan 79 peratus warga Mesir memiliki pandangan yang tidak menguntungkan Amerika Syarikat dan 64 peratus mengatakan mereka memiliki sedikit kepercayaan atau tidak ada sama sekali kepada Presiden Barrack Obama.