Saluran Satelit SalamTarikh 31 / 02 / 88Yasini:Mengenai kontroversi yang dicetuskan oleh Al-Kalbani, tindak balas pengikut Syiah tentang ucapan-ucapannya telah menyebabkan ia menyatakan rasa terkejut sambil berkata berulang-ulang kali: “Syiah Kafir, saya benar-benar terkejut mengapakah Syiah dengan anehnya mentakwilkan perkara ini. Kekafiran Syiah bukanlah satu perkara yang baru, ulama Ahlusunnah dan Khulafa rashidin mengkafirkan sesiapa yang masuk Syiah”. Tolong terangkan perkara ini:Husaini Qazwini:Al-Kalbani berkata daripada dirinya sendiri, dengan menganggap amalan Syiah adalah kafir dan mendakwa pembesar Ahlusunnah juga menganggap Syiah adalah kafir. Penonton pun tahu bahawa ini adalah tohmahan yang buruk dan jelas pembohongannya. Mereka ini percaya bahawa Syiah telah diasaskan di zaman Uthman, tapi beliau mengatakan pula Syiah dikafirkan oleh khulafa Al-Rashidin. Beliau juga tidak berdaya membawa rujukan Syiah daripada Khulafa Al-Rashidin walaupun satu ayat.Yasini:Wahabi menganggap Abdullah bin Saba adalah pengasas mazhab Syiah, sebagai tambahan memburuk-burukkan dan menghina Syiah, mereka menganggap kematian Uthman adalah di tangan Abdullah bin Saba.Di dalam perbahasan yang lalu, kita telah membuktikan bahawa stimulasi pembunuhan Uthman bukan orang lain lagi melainkan sahabat sendiri. Adakah kitab-kitab Ahlusunnah menyebut bahawa para sahabat tetap masuk campur di dalam pembunuhan Uthman?Ayatullah Husaini Qazwini:Golongan Wahabi menekankan pengasas mazhab Syiah ialah Abdullah bin Saba, dan stimulasi ini telah kita bicarakan kerana mereka terkejut dengan peristiwa-peristiwa para sahabat di dalam Islam. Peristiwa-peristiwa ini mempertikaikan keadilan dan kesucian para sahabat di mana mereka melonggokkan dalih-dalih untuk menutupnya. Kerana itu mereka mengatakan peristiwa stimulasi pembunuhan Uthman (sebenarnya para sahabat yang memainkan peranan utama) ialah Abdullah bin Saba.Dengan ini kami mengatakan jikalau Abdullah bin Saba mempunyai kekuatan mengerahkan ribuan para sahabat dan mempengaruhi berpuluh ilmuan, sudah tentu para sahabat ini tidak dapat dijadikan rujukan.Beberapa noktah daripada Tarikh Tabari dan al-Kamil Ibnu Athir telah kami sebutkan sebelum ini sebagai contoh di mana sahabat menulis surat, menjemput semua sahabat keluar dari Madinah untuk bangun sehingga pada detik akhirnya, mereka turut mengepung rumah Uthman agar beliau terbunuh.Dalam pertemuan sebelum ini, kita membawakan beberapa noktah daripada sumber Ahlusunnah di mana tuntutan darah Uthman dijadikan dalih, manakala salah seorang pemilik panji perang Jamal turut termasuk sebagai salah seorang yang menjadi perancang utama pembunuhan Uthman.Namun, apakah Zubair turut terlibat dalam pembunuhan Uthman? Tarikh Ya’qubi jilid 2 halaman 175 menyatakan:و كان أكثر من يؤلب عليه طلحة و الزبير و عائشة.Yang banyak menggerakkan orang menentang Uthman ialah Talhah, Zubair dan ‘Aisyah.Ibnu Hajar Al-‘Asqalani menukilkan daripada Mutarraf bin Abdullah yang berkata:قلنا للزبير يعني في قصة الجمل: يا أبا عبد الله! ما جاء بكم ضيعتم الخليفة الذي قتل يعني عثمان بالمدينة ثم جئتم تطلبون بدمه يعني بالبصرة؟ فقال الزبير: أنا قرأنا على عهد رسول الله صلى الله عليه و سلم: «و اتقوا فتنة لا تصيبن الذين ظلموا منكم خاصة» لم نكن نحسب أنا أهلها حتى وقعت منا حيث وقعت.فتح الباري لإبن حجر، ج13، ص2 ـ تاريخ الإسلام للذهبي، ج3، ص504 ـ مسند احمد، ج1، ص165 ـ تفسير ابن كثير، ج2، ص311 ـ شواهد التنزيل للحاكم الحسكاني، ج1، ص274 ـ الدر المنثور للسيوطي، ج3، ص177 - إمتاع الأسماع للمقريزي، ج13، ص222 ـ فتح القدير للشوكاني، ج2، ص300Kami bertanya kepada Zubair di dalam kisah peperangan Jamal: Wahai Aba Abdillah! apa yang menyebabkan kalian membinasakan Khalifah yang terbunuh di Madinah iaitu Uthman, kemudian kalian menuntut darahnya di Bashrah? Zubair pun berkata, “Sesungguhnya kami membaca di zaman Rasulullah (s.a.w):«و اتقوا فتنة لا تصيبن الذين ظلموا منكم خاصة»Dan jagalah diri kamu daripada dosa  yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus”. – Al-Anfal ayat 25Kami tidak menyangka bahawa kami juga termasuk di dalam ayat ini sehingga terjadi daripada kami apa yang telah terjadi. – Fathul Bari Li Ibnu Hajar, jilid 13 halaman 2- Tarikh Islam Li Az-Zahabi, jilid 3 halaman 504- Musnad Ahmad, jilid 1 halaman 165- Tafsir Ibnu Kathir, jilid 2 halaman 311- Shawahid Al-Tanzil, jilid 2 halaman 311- Al-Durrul Manthur, jilid 3 halaman 177- Imta’ Al-Asma’ Lil Maqrizi, jilid 13 halaman 222- Fathul Qadir Lil Shaukani, jilid 2 halaman 300Ibnu A’tham di dalam kitab Al-Futuh mengatakan:و أقبل طلحة و الزبير حتى دخلا على عثمان... ، قال الزبير: فلم استعملت الوليد بن عقبة على الكوفة؟ قال عثمان: استعملته كما استعمل عمر بن الخطاب عمرو بن العاص والمغيرة بن شعبة ، ... ، قال: فلم تشتم أصحاب رسول الله صلى الله عليه و سلم و لست بخير منهم؟ قال عثمان: أما أنت فلست أشتمك و من شتمته فما كان به عجز عن شتمي، فقال: مالك و لعبد الله بن مسعود هجرت قراءته و أمرت بدوس بطنه، ... ، فما لك و لعمار بن ياسر أمرت بدوس بطنه حتى أصابه الفتق؟ ... ، فما لك و لأبي ذر حبيب رسول الله صلى الله عليه و سلم، سيرته حتى مات غريبا طريدا؟ ... فقال الزبير: يا عثمان! إن هذه الاحداث التي عددتها عليك هي أقل أحداثك و لو شئت أن أرد عليك جميع ما تحتج به لفعلت و أراك تقرأ صحيفتك من حيث تريد و أخاف عليك يوما له ما بعده من الأيام.كتاب الفتوح لإبن أعثم الكوفي، ج2، ص393Telah datang Talhah dan Zubair ke rumah Uthman… Zubair berkata: Mengapakah engkau mengangkat Al-Walid bin ‘Uqaibah (seorang yang rosak dan peminum arak) sebagai gabenor Kufah? Uthman mengatakan: Aku menjadikannya gabenor seperti mana Umar menjadikan Amru bin ‘Ash dan Mughirah bin Shu’bah… Zubair mengatakan: Mengapakah engkau menghina sahabat nabi? Apakah engkau lebih baik daripada mereka? Uthman berkata: Saya tidak menghina kamu, dan setiap orang yang saya hina, berhak dihina lebih dari penghinaanku. Zubair berkata: Mengapa engkau mengarahkan Abdullah Ibnu Mas’ud dipencilkan dalam masyarakat? dan melarang bacaan Abdullah Ibnu Mas’ud di dalam masyarakat? mengapa engkau arahkan supaya perut Ammar bin Yasir diterajang sehingga burut?... Mengapa engkau membuang negeri Abu Zar, orang yang Rasul kasihi sehingga ia mati di tempat terpencil?... Zubair mengatakan: Wahai Uthman! Bid’ah yang aku lakukan ini terlalu sedikit berbanding dengan yang engkau lakukan. Jikalau aku mahu, aku akan bicarakan semua kesalahan kau, bacalah kembali kes engkau, aku takut sampai keesokan hari, engkau tak mampu memberikan reaksi lagi.- Kitab Al-Futuh Li Ibnu A’tham Al-Kufi, jilid 2 halaman 393.Yasini:Apakah Muawiyah turut terlibat di dalam komplot pembunuhan Uthman?Husaini Qazwini:Noktah ini sungguh halus, mungkin ramai pemuda tertama daripada kalangan Ahlusunnah merupakan perkara baru. Namun saya berpesan kepada pendengar yang dimuliakan, bukti-bukti yang saya berikan, tolong ingat dan rujuk kembali. Andainya pendengar dapat membuktikan salah satu daripada bukti-bukti yang saya maklumkan ini palsu, saya izinkan secara rasmi dalam saluran ini, saya menuntut maaf dan ampun, saya mengistiharkan bahawa saya tersilap.Tentang komplot membunuh Uthman, Ibnu Qutaibah di dalam kitab Al-Imamah Wa Al-Siyasah menulis:و كتب إلى أهل الشام عامة و إلى معاوية و أهل دمشق خاصة: ... فيا غوثاه يا غوثاه و لا أمير عليكم دوني، فالعجل العجل يا معاوية و أدرك ثم أدرك و ما أراك تدرك.الإمامة و السياسة لإبن قتيبة الدينوري، تحقيق الشيري، ج1، ص54Uthman menulis khusus kepada warga Sham, Muawiyah dan warga Damsyiq:… Bantulah aku! Bantulah aku! Tidak ada pemerintah anda kecualiku. Segeralah! Segeralah! Wahai Muawiyah bantulah aku!Di dalam Tarikh Ya’qubi jilid 2 halaman 175, Muawiyah bersama 12 ribu askar berangkat ke Madinah untuk membantu Uthman. Apabila sudah sampai 30 kilometer ke Madinah, askarnya berhenti supaya beluai sendiri datang ke Madinah untuk mengambil berita. Apabila tiba di Madinah, Uthman bertanya kepadanya: Wahai Muawiyah! di manakan pasukan kamu? Muawiyah menjawab: Aku datang untuk supaya mendapatkan khabar apa yang terjadi di Madinah. Uthman berkata: Aku sudha menulis surat kepadamu dan telah ku ceritakan apa yang terjadi…Setelah bertengkar, Uthman berkata:لا والله و لكنك أردت أن أقتل فتقول: أنا ولي الثأر. إرجع، فجئني بالناس! فرجع، فلم يعد إليه حتى قتل.Demi Allah! Engkau berhasrat aku dibunuh sambil engkau berdalih: Aku pemimpin pemberontakan menuntut bela. Pulanglah dan datang lagi dengan askar kepadaku! Muawiyah tidak kembali sehingga Uthman dibunuh.Bilazari di dalam kitab Ansabul Ashraf, jilid 6 halaman 188, Ibnu Syabah di dalam Tarikh Al-Madinah jilid 4 halaman 1289 menukilkan bahawa Yazid bin Asad berkata: Muawiyah membawa pasukan askar yang kecil dari Sham namun tidak ke Madinah, ia bertangguh di tengah jalan kerana:و إنما صنع ذلك معاوية ليقتل عثمان، فيدعو إلى نفسه.Muawiyah inginkan Uthman terbunuh supaya dapat menyeru orang ramai memberi bai’ah kepadanya.Tabari mengatakan di dalam tarikhnya, daripada Shabath bin Rib’i yang berkata kepada Muawiyah:و قد علمنا أن قد أبطأت عنه بالنصر و أحببت له القتل لهذه المنزلة التي أصبحت تطلب.تاريخ الطبري، ج3، ص570 ـ کامل لإبن الأثير، ج3، ص286Kami tahu, kamu telah berlengah-lengah dalam membantu Uthman dan kamu suka ia dibunuh. Dengan ini engkau dapat menuntut kedudukan.- Tarikh Al-Tabari, jilid 3 halaman 570- Kamil Li Ibnu Athir jilid 4 halaman 286Abul Tufail adalah salah seorang sahabat telah berdialog dengan Muawiyah. Muawiyah berkata kepadanya: Abul Tufail berkata:ما منعك من نصره أو تربصت به ريب المنون و كنت في أهل الشام و كلهم تابع لك فيما تريد؟ قال معاوية: أو ما ترى طلبي بدمه؟ قال: بلى، و لكنك كما قال أخو جعفي:لا ألفينك بعد الموت تندبني                  و فى حياتي ما زودتني زاديأسد الغابة لإبن الأثير، ج5، ص234 ـ الإستيعاب لإبن عبد البر، ج4، ص1697 ـ تاريخ مدينة دمشق لإبن عساكر، ج26، ص116 ـ الامامة و السياسة لإبن قتيبة الدينوري، تحقيق الشيري، ج1، ص215Apa yang menyebabkan engkau tidak membantunya? Engkau telah berada di Sham dan semua orang mengikutimu? Muawiyah berkata: Tidakkah engkau melihat aku menuntut bela darahnya? Abu Tufail berkata: Bahkan iya, namun seperti yang dikatakan Akhu Ja’fi: Ketika aku masih hidup, engkau tidak pernah datang menziarahiku. Namun setelah aku mati, engkau berteriak.- Asadul Ghabah Li Ibnu Al-Athir, jilid 5 halaman 234.- Al-Isti’ab Li Ibnu Abdul Bar, jilid 4 halaman 1697- Tarikh Madinah Dimashq Li Ibnu Asakir, jilid 26 halaman 116- Al-Imamah Wal Siyasah Li Ibnu Qutaibah Al-Dainuri, jilid 1 halaman 215Ini bermaksud ia tidak menunjukkan reaksi di zaman hidupnya Uthman. Namun hari ini ia berteriak oh Mazlumnya!Begitu juga pertemuan antara Amru bin Ash dan Muawiyah. Amru bin Ash berkata kepada Muawiyah: Engkaulah sebenarnya pembunuh Uthman.أنساب الأشراف للبلاذري، ص288 ـ الإمامة و السياسة لإبن قتيبة الدينوري، تحقيق الزيني، ج1، ص88- Anssabul Ashraf Lil Bilazari, halaman 288.- Al-Imamah Wal Siyasah Li Ibnu Qutaibah Al-Dainuri jilid 1 halaman 88Amirul Mukminin di dalam Nahjul Balaghah beberapa tempat mengatakan: Wahai Muawiyah! Engkaulah sebenarnya pembunuh Uthman, makaفأما إكثارك الحجاج في عثمان و قتلته، فإنك إنما نصرت عثمان حيث كان النصر لك و خذلته حيث كان النصر له.نهج‌البلاغه، نامه37Pada hari yang engkau sepatutnya engkau membantu Uthman, engkau tidak menolongnya.- Nahjul Balaghah, surat ke 37فوالله ما قتل ابن عمك غيرك.العقد الفريد، ج3، ص333Demi Allah, tidak ada orang yang membunuh pakcikmu (Uthman) kecuali engkau.- Al-‘Aqdul Farid, jilid 3 halaman 333Amirul Mukminin di dalam Nahjul Balaghah berkata:و لعمري! ما قتله غيرک.نهج‌البلاغه، نامه10 ـ شرح نهج البلاغة لإبن أبي الحديد، ج15، ص84Demi usiaku! tiada bukan orang lain yang membunuhnya kecuali engkau.- Nahjul Balaghah, surat ke 10- Syarah Ibnu Abil Hadid, jilid 15 halaman 84Iaitu engkau datang berlengah dan orang pun datang membunuh Uthman.Yasini:Telah menjadi masyhur, yang berkaitan dengan pembunuhan Uthman ini, Muawiyah dan beberapa orang sahabat memanipulasi alasan ini. Apakah perkara ini ada di dalam kitab Ahlusunnah atau tidak?Husaini Qazwini:Sumber-sumber Ahlusunnah sarat dengan perkara ini. Jika kita ingin membincangkan perkara yang berkaitan, kita perlukan beberapa acara yang lain supaya masalah ini jelas bagi orang ramai. Namun saya akan berbicara beberapa hakikatnya dan Insyallah pada suatu hari nanti kita akan bincang secara terperinci, saya akan bawa subjeknya. Pertamanya Amru bin Hamiq (عمرو بن حَمِق), salah seorang yang menyertai dalam pembunuhan Uthman, beliau seorang sahabat besar Nabi (s.a.w), ‘Amru bin Hamq telah masuk Islam dalam tahun Haji Wida’ atau setelah Hudaibiyah, dan perkara ini adalah ikhtilaf. أسد الغابة، ج4، ص100 - الإصابة، ج4، ص514- Asadul Ghabah, jilid 4 halaman 100- Al-Ishabah, jilid 4 halaman 514(Musnad Ibnu Hanbal, Sunan Al-Kubra Lil Baihaqi dan Mustadrak Ala Sahihain Al-Hakim memanggil Amru bin Hamiq dengan Radiallahuanhu- pntj)Terdapat di dalam sumber-sumber Ahlusunnah:و أما عمرو بن الحمق فوثب على عثمان فجلس على ص