5 Julai 2011 - 19:30

Setiausaha Agung Majma' Ahlul Bait bersama beberapa orang tokoh agama dan budaya menghadiri majlis ulangtahun memperingati pemergian Al-Marhum Allamah Fadhlullah di Beirut.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Majlis ulangtahun pertama memperingati pemergian Al-Marhum Allamah Sayid Muhammad Husain Fadhlullah di Beirut telah dihadiri oleh ramai tokoh politik, ilmuan, ulama dalam dan luar Lubnan.

Antara yang hadir ialah Setiausaha Agung Majma' Ahlul Bait Hujjatul Islam Muhamad Hasan Akhtari dan beberapa orang ulama dan presiden beberapa pertubuhan kebudayaan dan agama Republik Islam Iran.

Di awal majlis Hujjatul Islam Sayid Ali Fadhlullah selaku anak al-Marhum menyampaikan pesanan dalam ucapannya dengan mengatakan, "Beliau adalah ayah kita semua, beliau pergi meninggalkan kita dalam keadaan sarat dengan ilmu, mewarisi rujukan spiritual dan gelora sentimen budi pekerti".

Beliau turut menceritakan kerasionalisme Allamah sambil berkata, "Salah satu rangkaikata Al-Marhum yang terkenal ialah, beliau selalu mengatakan "Janganlah anda korbankan pemikiran anda untuk sentimen, janganlah kerana emosi anda singkirkan fikiran sendiri; kerana akal adalah modal anda yang paling penting".



 


Ali Fadhlullah menambah, "Meskipun Allamah Fadhlullah sudah pergi, kita masih terasa kewujudan beliau di kalangan kita. Beliau adalah seorang berbicara dengan asas dan selalu berkata, kita semua hendaklah berfikir bagaimana hendak bangun berjuang. Sekarang kita sedia menguatkan harga akhlak dan menyingkirkan masalah kemanusiaan. Kita sentiasa bekerjasama dalam mengukuhkan dialog antara Kristian dan Islam. Perpaduan nasional juga kita pelihara dan kukuhkan".
 


Mengenai pembelaan Allamah terhadap perjuangan Islam, beliau mengatakan, "Allamah Fadhlullah selalu mengatakan, kita tidak akan bertoleransi dalam menghadapi kuasa angkuh, kita tidak sekali-kali akan menyerahkan Palestin, bahkan kita bersama pahlawan-pahlawan Palestin. Oleh kerana itu bersama-samalah kita teruskan prosedur jalan ini. Demi sebuah fondasi yang gagah, semua pihak hendaklah meneruskan perjalanan kita. Kerana ini juga, seluruh kekuatan dan elemen perjuangan termasuk elemen akhlak dan pemikiran diterapkan dalam jihad menentang musuh yang tidak tahu apa pun kecuali kekerasan".
 



Majlis diteruskan dengan ucapan speaker Parlimen Lubnan Nabih Berri, timbalan Setiausaha Agung Hizbullah Syaikh Naim Qasim, Menteri Pelajaran dan Pendidikan Iraq Ali Al-Adib serta beberapa orang tokoh negara Islam. Mereka menceritakan peranan Al-Marhum ketika hayatnya sambil menegaskan akan meneruskan jalan beliau.



Dr.Tabarraei selaku Pembantu Tadbir Majma' Jahani Taqrib Mazahib Islami turut membacakan pernyataan pihak Taqrib.
 



Al-Marhum Ayatullah Sayid Muhammad Husain Fadhlullah adalah salah seorang anggota Syura Pusat Majma' Jahani Ahlul Bait yang merupakan aktivis yang memainkan peranan istimewa dalam pengasasan dan melakar gerak kerja Majma'.