Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Arab Saudi mendedahkan kebencian dan perseteruannya terhadap revolusi rakyat Mesir dengan menyerang penziarah dari negara tersebut yang ingin mengerjakan umrah.Menurut sumber berita, pasukan keselamatan Arab Saudi menyerang ribuan jemaah umrah Mesir yang mengadakan demonstrasi.Ketika kejadian, lapangan terbang Jeddah sudah dikepung oleh ratusan kereta pasukan keselamatan dan polis dan pengerja umrah Mesir melaungkan slogan Allahuakbar selepas sejumlah besar polis anti rusuhan dan pasukan keselamatan menyerang mereka.Ramai penziarah Mesir terdiri daripada kanak-kanak, orang tua dan wanita berlindung di dalam dewan tertutup turut ditangkap.Pegawai-pegawai Arab Saudi yang menunda beberapa penerbangan mereka ke Mesir lebih dari tiga hari mengumumkan penubuhan suruhanjaya siasatan untuk mencari punca protes jemaah umrah Mesir. Namun penubuhan ini dilihat ingin menyembunyikan punca sebenar protes tersebut.Menurut laporan, penangguhan kepulangan warga Mesir tersebut telah mencetuskan protes ribuan jemaah umrah di kota Jeddah. Hingga saat ini pegawai Arab Saudi belum memaklumkan sebab-sebab penundaan dan punca sebenar protes warga Mesir tersebut.Laman web rasmi televisyen Mesir turut memaklumkan pada hari Khamis kelmarin bahawa jemaah umrah Mesir yang ingin pulang ke Kaherah telah meminta perlindungan selain enggan meninggalkan pesawat. Salah seorang penumpang pesawat dari Mesir mengatakan pasukan keselamatan Arab Saudi melayan mereka dengan tidak berperi kemanusiaan sejak mereka tiba di lapangan terbang.Pihak kerajaan Arab Saudi mengakui kejadian ini namun tidak memberikan ulasan yang panjang.
2 September 2011 - 19:30
News ID: 263305
Penguatkuasa Keselamatan Arab Saudi menyerang ribuan warga Mesir yang ingin mengerjakan umrah di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah. Beberapa orang dilaporkan cedera.