Reaksi Ayatullah Makarim Syirazi terhadap kebiadaban 2 ulama Wahabi;
Pegawai-pegawai Kuwait perlu menghalang khatib dan penulis asing
16 November 2011 - 20:30
News ID: 278754
Ayatullah Makarim Syirazi mengecam kebiadapan dua imam solat Juma'at Wahabi di negara Kuwait yang menyerang simbol suci Syiah dan Imam Husain (a.s). Beliau meminta pegawai dan pemerintah negara ini menghalang khatib dan penulis asing yang membawa perpecahan umat.
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Marji' Taqlid, Ayatullah Nasir Makarim Syirazi dalam pengajian Fiqh Kharij di masjid A'zam, kota Qom mengucapkan selamat Hari Al-Ghadir dengan memberi peringatan daripada hadis Nabi: "Menurut riwayat daripada Rasulullah (s.a.w), salah satu tanda keimanan ialah menghidupkan malam, bertahajjud dan memohon keperluan daripada Allah (s.w.t). Selain itu tanda-tanda keimanan ialah berpuasa dan tidak mementingkan keduniaan dan meterial".
"Riwayat ini ditujukan kepada kita, kita mendakwa sebagai Syiah, Al-Ghadir tanda kepimpinan untuk kita, namun hendaklah kita ketahui perayaan dan kelaziman tawassul ini tidak mencukupi."
Marji' Taqlid ini mengatakan, "Di dalam negara pemerintahan Ali bin Abi Talib terdapat beberapa amalan tidak bermoral dan penggelapan harta. Kita perlu berusaha menzahirkan penampilan keimanan".
Ayatullah Syirazi menambah, "Membuat pengakuan sahaja masih tidak mencukupi, hendaklah kesan-kesan kecintaan terhadap ajaran Ali bin Abi Talib dan para imam yang lain, kegiatan-kegiatan mereka perlu ada di dalam sikap dan perbuatan kita".
Beliau menegaskan, "Sudah beberapa kali saya tegaskan, alim ulama dan para pelajar hendaklah lebih maju dalam amalan dan tindakan yang menzahirkan hakikat keimanan dan kecintaan terhadap kepimpinan (wilayah)".
Marji' Taqlid ini menyatakan, "Baru-baru ini berita tidak menyenangkan dari Kuwait sampai kepada kita dan ia menunjukkan kebiadapan dua imam solat Jumaat Wahabi terhadap kesucian Imam Husain (a.s) di mana manusia pasti malu untuk menerangkannya".
Beliau dalam mengecam dua alim Wahabi ini mengatakan, "Kedua-dua ulama ini menunjukkan kelancangan dan menghina, ziarah Imam Husain (a.s) dihitungnya sebagai syirik dan kufur, orang ramai juga digerakkan untuk anti Syiah".
Ayatullah Makarim Syirazi menerangkan, "Ulama Kuwait telah memprotes kebiadapan ini, dan Kementerian Agama Kuwait telah menghalang dua orang ini dari mendirikan solat Jumaat selama dua empat bulan".
Beliau menambah, "Meskipun tindakan ini baik, ianya belum mencukupi dan mereka ini hendaklah didakwa atas kesalahan memecah belahkan, dan dihukum kerana menghina kesucian Syiah, seterusnya dihalang dari mendirikan solat Jumaat buat selama-lamanya".
"Ketahuilah mereka ini adalah musuh keamanan dan kestabilan negara kamu, mereka ini tidak faham makna Tauhid, Tawassul, Syirik dan Kufur disebabkan jahil tentang sunnah Nabi (s.a.w). Kedaifan maklumat adalah musibah besar yang menyebabkan mereka menjadi sangat fanatik".
Mengenai Tawassul dan Ziarah, Ayatullah Syirazi menerangkan, "Ziarah dan Tawassul kepada para imam yang suci dari kurun pertama, kitab-kitab sejarah dan riwayat menjadi saksi dalam masalah ini. Kami beberapa kali memaklumkan bahawa kami sedia duduk dalam satu majlis berdebat dengan mufti besar Wahabi, dengan berdalil daripada kitab-kitab mereka, kami akan buktikan bahawa mereka berada di jalan yang salah".
Ayatullah Makarim Syirazi mengecam tidakan Wahabi-Salafi dan ekstrimis dengan menegaskan: "Mereka ini adalah golongan minoriti yang ucapannya bertentangan dengan seluruh ulama Islam, di Mesir makam kepala saidina Husain sepertimana Haram Ahlul Bait di Iraq yang menjadi perhatian umum masyarakat Syiah dan Ahlu Sunnah, orang ramai beramai-ramai menziarahi tempat-tempat ini, para ulama al-Azhar turut mengesahkannya, baru-baru ini mufti Mesir, Syaikh Jum'ah dengan sepenuh hati mempertahankan markaz ini dan berkata jikalau mereka menghulurkan tangan ke arah markaz ini, saya akan potong tangan mereka".
Uztaz Hawzah ilmiyah Qom ini mengatakan, "Ketika kita katakan kepada mereka, jika pemusnahan makam-makam suci ini kamu anggap perlu, mengapakan makam Nabi (s.a.w) tidak kamu hancurkan? Mereka pasti akan menjawab bahawa suara seluruh umat Islam dan ulama akan bangkit dan masalah ini menunjukkan bahawa mereka ini minoriti".
Merujuk kepada Wahabi, Marji' Taqlid ini menganjurkan supaya mereka berhenti menghancurkan kewibawaan Islam dengan jalan yang salah. Beliau menegaskan, "Individu ini tidak boleh berkhayal bahawa pengikut Syiah di Kuwait bersendirian, seluruh dunia Syiah bersama mereka, penghinaan terhadap mereka adalah penghinaan kepada seluruh pengikut Syiah".
Ayatullah Makarim Syirazi berkata, "Saya harap pegawai-pegawai Kuwait menghalang khatib dan penulis asing yang memecah belahkan umat, saya juga meminta pengikut mazhab Syiah di negara ini menjauhkan diri dari perpecahan".