Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Menurut Agensi Berita Taghrib, Doktor Ali Jum'ah dalam perutusannya kepada parti dan berbagai kumpulan di Mesir, menyeru mereka untuk mengambil bahagian dalam pilihanraya tanpa mengkafirkan dan melabelkan dakwaan negatif kepada pihak lain seperti, pengkhianat.
Sambil menganggap pengkafiran satu sama lain akan membangkitkan fitnah dan konflik yang tidak menguntungkan sama sekali, Doktor Ali Jum'ah menegaskan, “Mesir perlu mendapatkan usaha maksimum kita semua untuk membangunnya.”
Sementara itu, Ketua Jawatankuasa Tertinggi Pilihanraya Mesir, Abdul Muiz Ibrahim mengumumkan bahawa pilihanraya parlimen tahap kedua dilangsungkan dalam suasana baik meski pun terjadi sedikit gangguan yang terpencil dengan hari kedua pemilu.
Menurut laporan, parti-parti Islam kembali mengaut hasil undi sementara dalam pilihanraya parlimen pusingan kedua di Mesir. Parti Kebebasan dan Keadilan yang berhaluan kiri Ikhwanul Muslimin dan Salafi al-Nur berada dalam persaingan ketat untuk menduduki tempat teratas.
Ikhwanul Muslimin telah mengumpulkan lebih dari dua pertiga undi pada pilihanraya pusingan pertama, dan dikatakan akan mencapai kemenangan semua tiga pusingan pilihanraya di Mesir.
Dewan Tertinggi Angkatan Bersenjata Mesir akan memegang kekuasaan sampai pilihanraya presiden dilangsungkan pada pertengahan 2012.
20 Disember 2011 - 20:30
News ID: 285531
Mufti Mesir, Syaikh Ali Jum'ah ketika menyentuh tentang pelaksanaan tahap kedua pilihanraya parlimen negaranya menyeru rakyat Mesir untuk menjauhi pengkafiran pihak lain dan perseteruan dalam perlaksanaan sistem demokrasi itu.