Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Serangan terbaru regim Zionis di Masjid Al-Aqsa menyebabkan 2 orang pemuda Palestin maut dan puluhan yang lain cedera kelmarin. Masyarakat awam ketika itu sedang berhimpun di Masjid Al-Aqsa dan beberapa wilayah lain kerana menyambut ulangtahun pembunuhan rakyat Palestin suatu ketika dahulu di Haram Ibrahimi.
Serangan ini menyebabkan dua pemuda Palestin terbunuh dan puluhan yang lain cedera. Pihak hospital Ramallah melaporkan salah seorang daripada mereka mati akibat ditembak di bahagian kepala dan dada. Sumber Palestin pula menyatakan jumlah mereka yang cedera ialah 30 orang.
Di Khan Yunus, Gaza ribuan rakyat Palestin menyahut seruan Hamas untuk mengadakan demonstrasi setelah solat Jumaat. Salah seorang anggota pejabat sayap politik Hamas memberikan ucapan sambil mungutuk serangan Zionis dan masyarakat Islam yang berdiam diri.