Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Presiden Pergerakan Keadilan Sedunia (JUST), Dr. Chandra Muzaffar mengingatkan amaran Dr. Mahathir tentang usaha Amerika menjatuhkan pemerintah Malaysia kerana tidak membela Israel.
Dr. Chandra Muzaffar dalam satu tulisannya menceritakan masalah hubungan kerajaan Malaysia dan Najib Tun Razak dengan Amerika sekarang ialah berpunca dari keengganan mempertahankan negara haram Israel.
Presiden Just ini menceritakan bagaimana Anwar membela Israel dalam satu wawancara khas bersama Wall Street Journal, "Tidak seperti Najib, Anwar mempunyai hubungan baik dengan US dan pelobi Zionis di Amerika."
"Sedangkan Najib Tun Razak dalam banyak wawancara menjelaskan pendiriannya tentang regim Zionis yang disifatkannya sebagai 'gangster' dan 'pembunuh bersiri'."
Selain itu faktor hubungan yang baik antara Malaysia dan China turut menyebabkan Amerika berusaha menggulingkan pemerintahan ini. Menurut Dr. Chandra, "Malaysia telah mempertahankan China di arena antarabangsa. Tidak sama dengan percaturan politik US, China tidak memberi ancaman sedikit pun di Asia Tenggara."