Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Hujjatul Islam Wal Muslimin Kazim Siddiqi kelamarin di dalam khutbah Jumaatnya di Teran berkata, "Iran sedang muncul bangkit dan bersinar di mata dunia bagaikan bintang, dan bintang ini memendekkan umur Amerika dan kuasa angkuh dunia selain melemahkannya.Sadiqi menegaskan, "Kehadiran perwakilan dari 120 negara ke Iran menunjukkan Republik Islam Iran tidak dipencilkan. Bahkan menjadi tumpuan semua bangsa dan hati penuntut kebebasan seluruh dunia tertarik dengannya. Dengan ini, kuasa angkuh dunia akan musnah secepat mungkin.Mengenai perkembangan Bahrain beliau mengatakan, "Di Bahrain, masyarakatnya masih berjuang melawan dan percaya akan menang setelah dua tahun mereka bertahan. Bahkan mereka tetap bangkit di Hari al-Quds meskipun regim Al Khalifah melakukan jenayah dan badan dunia berdiam diri."Khatib solat Jumaat ini berkata, "Serangan bom dan pembunuhan di negara Iraq termasuklah di perkampungan yang mengadap Syria sebenarnya sudah dirancangan. Namun kita lihat kerajaan dan askar Syria berdiri teguh dengan sokongan kuat daripada rakyatnya dalam menghadapi pengganas."
24 Ogos 2012 - 19:30
News ID: 339282
Iran sedang muncul bangkit dan bersinar di mata dunia bagaikan bintang, dan bintang ini memendekkan umur Amerika dan kuasa angkuh dunia selain melemahkannya.