Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Menteri Penerangan Hujjatul Islam Haidar Muslehi, dalam program pembaharuan baiat kepada pengasas revolusi Islam Iran Al-marhum Ayatullah Khomeini sempat memberikan ucapan tentang kegiatan pengganas yang berusaha keras untuk mencetuskan kekacauan di Tehran melalui jaringan internet. Kata beliau, "Semua sebaran dan tindakan ini bersifat terdesak."Beliau menerangkan, "Pada mulanya ketika pemberontakan kerabat shah dan muslihat tidak mencapai matlamat, mereka terdesak bergabung dengan beberapa penyokong mereka di luar negara untuk mengistiharkan bahawa mereka masih hidup."Menteri penerangan ini menambah, "Saya juga mengatakan tindakan ini akibat terdesak, hasrat mereka tidak akan tercapai dan kita sudah banyak berpengalaman menghadapi masalah ini."
26 Ogos 2012 - 19:30
News ID: 340068
Menteri penerangan berkata, "Oleh kerana ada fitnah musuh di dalam negara, tindakan awal dan pembahagian tugas lazim antara sistem maklumat dan sistem keselamatan telah diambil. Tehran cukup bersedia untuk menganjurkan persidangan NAM."