31 Ogos 2012 - 19:30

Menteri Luar regim Zionis istihar ingin membunuh Mahmud Abbas kerana telah menyertai persidangan NAM

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Menteri Luar Zionis Avigdor Lieberman menyatakan kemarahan Israel atas penyertaan Mahmoud Abbas dalam persidangan NAM di Tehran. Tidak hanya mengugut perlucutan jawatan, malah regim Zionis ini dengan megahnya mengugut akan membunuh Presiden Palestin tersebut.Lieberman kemudiannya memohon pemimpin-pemimpin Barat dan PBB menyisihkan Mahmoud Abbas dari kepimpinan Pihak Berkuasa Palestin.Beliau turut mengirim surat kepada para pegawai negara Amerika, Kesatuan Eropah, Russia dan PBB untuk mengambil tindakan mengadakan pilihanraya baru untuk menerajui kepimpinan Palestin supaya penyingkiran Mahmoud Abbas benar-benar menjadi kenyataan.Dalam surat tersebut beliau menerangkan bahawa Mahmoud Abbad tidak mempunyai keupayaan yang cekap dalam urusan negara dan prosedur perdamaian.Sebaliknya Perdana Menteri regim Israel Benjamin Netanyahu mengkritik keras kenyataan-kenyataan Lieberman ini dan berkata, "Ucapan Lieberman bukanlah pendirian Israel, beliau hanya menerangkan persepsinya sahaja."Menurut penganalisa Timur Tengah, perbezaan pendirian antara pemimpin regim Zionis semakin meningkat.