Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Iran menegaskan kesediaannya untuk membantu Manama memperbaiki keamanan di Bahrain sambil menekankan betapa pentingnya memberi perhatian kepada tuntutan awam."Terdapat beberapa masalah di Bahrain. Sepertimana hal Syria, kami juga menyeru kerajaan Bahrain memenuhi permintaan rakyat yang sah," ujar Menteri Luar Iran Ali Akbar Salehi kepada wartawan al-Alam, Isnin lalu."Kami sudah memaklumkan kesediaan kepada pegawai Bahrain untuk membantu negara tersebut keluar dari krisis," katanya sambil menambah, "Kami sudah menjelaskan pendirian tentang Bahrain. Kami mahu mewujudkan kestabilan dan keselamatan di Bahrain; dan kami mengiktiraf kedaulatannya serta pendirian hubungan diplomatik," tambah beliau lagi.Turut diulangkan di sini ialah Iran tidak berniat untuk campurtangan dalam urusan dalaman mana-mana negara.Penunjuk perasaan anti-kerajaan telah mengadakan demonstrasi secara aman di seluruh Bahrain sejak pertengahan Februari 2011, sambil menyeru untuk menamatkan diskriminas regim dinasti Al Khalifa.Keganasan terhadap penduduk awam yang tidak bersenjata meningkat selepas Arab Saudi, Majlis Kerjasama Teluk Parsi (PGCC; Arab Saudi, Kuwait, Emiriah Arab Bersatu, Oman dan Qatar ) mengirim pasukan tentera negara anggota untuk membantu Manama meleraikan demonstrasi aman.Pasukan polis Bahrain pula telah bertindak berbagai cara untuk menghentikan tunjuk perasaan yang dianjurkan parti pembangkan sejak beberapa bulan lalu sehingga puluhan penunjuk perasaan terbunuh, ratusan hilang dan cedera.