11 September 2012 - 19:30

Propaganda menuduh Bashar Assad sebagai Syiah hanyalah untuk membangkitkan emosi amarah Ahlusunnah

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Presiden Pergerakan Keadilan Sejagat (Just) mengkritik penggantungan keanggotaan Syria dari OIC sambil menyata kekesalan terhadap pendirian berat sebelah dalam isu Syria.Professor Chandra Muzaffar dalam wawancara bersama wartawan Mehrnews berkata, "Malangnya kebanyakan negara-negara Islam sehinggalah pertubuhan bukan kerajaan terpengaruh dengan laporan-laporan berita berat sebelah daripada kumpulan media yang hanya memfokuskan salah laku Bashar Assad, sedangkan hakikatnya sangat berbeza dengan realiti Syria."Selain itu hanya beberapa negara sahaja yang meminta krisis Syria diselesaikan secara adil dan jujur dalam sidang tergempar OIC di Makkah baru-baru ini. Beliau menambah, "Syria dihukum penggantungan sedangkan wakil Syria tidak diundang untuk membela hak asasinya sendiri dan hak kaum muslimin negara ini."Presiden JUST ini menegaskan, "Kebanyakan cendiakawan muslim dari negara-negara Islam menganggap mereka berhutang dengan kekayaan Arab Saudi, Qatar dan hanya mementingkan diri sendiri dari mempertimbangkan isu Syria."Mengenai pembohongan isu Syria beliau berkata, "Memang benar keterlaluan kerajaan Syria dikecam 17 bulan lalu kerana membunuh banyak orang, namun pemberontak bersenjata juga membunuh ribuan orang dalam rusuhan mereka.""Keterlaluan Bashar Assad juga merupakan hikayat sebelah pihak Syria sahaja sedangkan 1/3 yang terbunuh adalah pasukan keselamatan Syria," ujar beliauMengenai hasad dengki dan pembohongan media, beliau berkata, "Misalannya gambar-gambar tentang berita pembunuhan besar-besaran di kota Hule sebenarnya berkenaan dengan perang di Iraq pada tahun 2003. Menurut surat khabar Frankfurt pembunuhan ini dilakukan oleh penentang Bashar Assad dan pengikut mazhab Syiah yang menyokong Assad juga terkorban."Tambah beliau lagi, "Berasaskan laporan, penentang kerajaan Bashar Assad kebanyakannya terdiri daripada individu-individu warga asing yang berkait rapat dengan jaringan al-Qaeda, mereka ini sedang menikmati perlindungan dan bekalan senjata daripada badan perisikan Amerika, Israel dan Arab Saudi.""Sejak April tahun lalu, ribuan militan dari Iraq, Lubya, Tunisia dan Jordan masuk ke Syria kononnya sebagai mujahidin untuk menentang kerajaan Bashar Assad. 70 daripada 200 orang yang ditangkap di Aleppo telah dikenalpasti sebagai orang luar, yang menunjukkan realiti ini," ujar beliau.Selain itu, beliau turut menyelar usaha ulama Sunni Arab Saudi dan Qatar yang cuba memperkenalkan Bashar Assad sebagai pemimpin Syiah yang menyerang majoriti Sunni dengan mengatakan, "Ucapan ekstrem ulama ini hanyalah untuk menggerakkan emosi pemuda-pemuda Ahlusunnah supaya menentang Bashar Assad yang diperkenalkan sebagai kafir harbi."Sambil menafikan penglibatan konflik Sunni Syiah, beliau menyatakan kebanyakan penyokong Bashar adalah bermazhab Sunni termasuklah muftinya.