Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Sekumpulan pensyarah dan penyelidik Islam Universiti Teknologi Mara (Uitm) menyatakan hasrat untuk memanfaatkan pengalaman Iran di dalam bidang wakaf, zakat dan lain-lain lagi. Mereka berkata demikian setelah menyertai sebuah persidangan di kota Qom, Iran.Dalam wawancara bersama wartawan Mehrnews, salah anggota pensyarah kanan Uitm Prof Salahudin Suyurno berkata, "Di sebabkan memiliki pemerintahan Islam, negara Iran sudah bertahun-tahun melaksanakan berbagai program berkenaan dengan wakaf dan zakat. Dalam bidang ini, Iran cukup berpengalaman."Tambah beliau lagi, "Tujuan asal kami ke Iran ialah untuk melihat berbagai pengalaman-pengalaman Iran dan juga cara pentadbiran yang berkaitan dengan wakaf. Sudah tentu Iran mempunyai pengalaman selama sejarah Islam bertapak lebih dari seribu tahun di sini."Pensyarah universiti ini berkata, "Tujuan lain kunjungan ini ialah memanfaatkan pengalaman pendidikan Iran di dalam bidang wakaf dan zakat, iaitu bagaimana pengajaran dalam bidang ini memberikan fokus terhadap dimensi-dimensi agama dan syarat-syarat terkini."Berasaskan laporan ini, seorang lagi pensyarah rombongan ke Iran Dr. Muhammad Muhiyuddin Khalid berkata, "Setahun yang lalu kami telah membentuk pasukan penyelidik dalam bidang pengurusan wakaf dan zakat di Malaysia. Kunjungan ke Iran menyebabkan kami berjaya mencapai keputusan dalam penyelidikan ini bersama para cendiakawan Iran yang kami sertakan di dalamnya."Beliau menerangkan bahawa para penyelidik yang berkunjung ke Iran adalah panel yang dilantik kerajaan Malaysia untuk meneliti berbagai dimensi masalah wakaf dan zakat. Beliau turut menyatakan harapan semoga universiti-universiti di Malaysia dapat memanfaatkan berbagai pengalaman Iran dalam bidang ini.Institut Penyelidik dan Kebudayaan Amin yang bertapak di Malaysia sebelum ini dalam halatuju mewujudkan perjanjian persefahaman kerjasama antara Universiti Teknologi Mara dan Universiti Al-Mustafa Antarabangsa telah mengutuskan 12 ahli jawatankuasa ilmu ke Iran yang dipimpin oleh Prof. Dr Abd Halim bin Mohd Noor dari Institut Penyelidikan Zakat Malaysia.Dalam kunjungan selama seminggu ke Iran, jawatankuasa ini turut menyertai Persidangan Ekonomi Islam Antarabangsa ke-3 dengan tema "Pengalaman-pengalaman Iran dan Malaysia", di samping mengunjungi berbagai pusat ilmu, penyelidikan dan markaz agama di kota Qom dan lain-lain lagi.Persidangan tersebut telah berlangsung pada 16 hingga 20 September di kota Qom dengan penyertaan para cendikiawan dari Malaysia dan Iran.
4 Oktober 2012 - 20:30
News ID: 353756
Kunjungan panel penyelidik Zakat dari Malaysia ke Qom