Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Umat Islam di kota Marawi berjaya menganjurkan seminar al-Ghadir dengan tema "Perfection of Religion and Completation of Devine Favour" di Masjid Imam Ali.Dalam seminar ini, pemimpin Markaz Imam Ali tampil menerangkan betapa pentingnya sejarah kepimpinan Ali bin Abi Talib setelah Rasulullah (s.a.w) dengan bersandarkan bukti dari ayat al-Quran.Setelah itu, ustaz Abrar Junid selaku alumni hawzah ilmiyah Qom memberikan ucapan tentang kepentingan memperingati peristiwa al-Ghadir ini dan peranannya dalam penyempurnaan agama Islam. Setelah itu ustaz Muhammad Abdul Hamid pula memberikan penerangan tentang matlamat al-Ghadir dalam membimbing insan ke arah kesempurnaan. Beliau turut menegaskan bahawa tanpa al-Ghadir, hidayah insan tidak mungkin dapat diteruskan. "Al-Ghadir hendaklah dianggap sebagai anugerah Allah dan nikmat yang besar kepada seluruh manusia. Ini disebabkan tanpa al-Ghadir maka manusia akan menemui jalan kesesatan," tegas beliau lagi.

