3 Januari 2013 - 01:47

Ratusan Syiah dan Sunni daripada kabilah Bani Tamim berarak menuju ke Karbala sempena hari Arba'in.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Tanpa memperdulikan sikap taksub seorang pemimpin negara Teluk Parsi yang mempertikaikan keaslian bangsa Arab Bani Tamim, ratusan keturunan kabilah tersebut membentuk perarakan yang terdiri daripada pengikut mazhab Syiah dan Sunni ke Karbala sempena hari Arba'in.

Sambil memperbaharui perjanjian dengan Imam Husain (a.s), rombongan yang berasal dari Utara dan Selatan Iraq ini tampil dengan slogan kebebasan yang diperjuangkan Imam.

Salah seorang daripada mereka syeikh Nashir Ni'mah berkata, "Kabilah Bani Tamim merupakan salah satu kabilah daripada umat Arab yang ramai di kalangannya telah bersusah payah, membantu sehinggalah mati syahid untuk menegakkan kalimah kebenaran dan kalimah agama, iaitu kalimah Imam Husain (a.s).

Inilah kali pertama kabilah Bani Tamim yang datang dari seluruh pelusuk Iraq membentuk sebuah perarakan menuju ke makam Imam Husain (a.s).