Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Seorang ulama Ahlusunnah mengucapkan tahniah sempena ulangtahun kemenangan Revolusi Islam Iran yang dinilainya sebagai pemeliharaan identiti dan nilai-nilai bangsa Iran. Haji Rahim Berdi Akhun Samadi selaku imam solat Jumaat Utara Khorasan turut memuji peranan dan usaha Imam Khomeini dalam kemenangan revolusi Islam sambil menegaskan bahawa umat harus mengikuti jejak langkah yang digariskan oleh pengasas Republik Islam Iran tersebut.Beliau turut menyatakan perkembangan dan kemewahan di kawasan luar bandar Iran sebagai pencapaian beharga yang telah disumbangkan oleh Revolusi Islam Iran. Selain itu  kemajuan tersebut dinilai beliau sebagai titik permulaan untuk merealisasikan impian semua penduduk.Mengenai garis panduan yang diperkenalkan oleh Imam Khomeini, beliau berkata, "Umat Islam hendaklah menghindari perpecahan kerana ia boleh memusnahkan kesetiawakanan yang ada di kalangan mereka."Haji Samadi turut menjelaskan bahawa perpaduan Islam telah memainkan peranan besar sehingga revolusi Islam mencapai kemenangan di bawah pimpinan al-Marhum Ayatullah Khomeini. Selain itu Khomeini turut memberi amaran terhadap sebarang serangan terhadap soladiriti umat.Akhon Samadi juga menyeru semua pihak melibatkan diri mereka dalam ulangtahun Revolusi Islam Iran yang akan disambut secara besar-besaran di seluruh negara pada 10 Februari nanti.