21 Februari 2013 - 14:01

Puluhan orang awam terbunuh dan cedera dalam siri serangan bom yang menggegar ibu kota Damsyik

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - 3 serangan bom telah menggegar Damsyik pada hari ini shingga menyebabkan 16 orang awam terbunuh dan 208 cedera.

Serangan pertama pagi tadi disasarkan di Jalan al-Thawra, Mazra'a, pinggir Damsyiq. Menurut wartawan serangan disasarkan di kawasan yang padat dengan penduduk sehingga menyebabkan kematian sejumlah rakyat termasuk kanak-kanak.

Tambah beliau, kesan letupan banyak merosakkan harta benda dan rumah penduduk di kawasan terbabit seperti sejumlah kereta yang terbakar, manakalah mangsa pengeboman terdiri daripada penjalan kaki, pelajar sekolah dan pemandu kereta yang melalui kawasan tersebut.

Sumber rasmi Syria menyebut bahawa hospital al-Hayat, Sekolah Abdullah bin Zubair dan mini bas yang berada di sekitarnya turut mengalami kerosakan yang teruk. Pihak hospital Palang Merah mengesahkan mereka telah menerima sepuluh mayat dan mereka yang menderita kecederaan dalam pengeboman ini.

Kereta sarat dengan bom disita.

Dalam waktu yang sama, agensi rasmi berita Syria turut melaporkan bahawa pihak berkuasa telah merampas sebuah kereta yang sarat dengan pemanas air mandian berbentuk silinder, diisi dengan bahan peledak di tapak pengeboman, Jalan al-al-Thawra. Selain itu pemandunya juga telah ditangkap.

20130221-124620.jpg

20130221-124648.jpg

20130221-124707.jpg

20130221-124725.jpg

20130221-124747.jpg

20130221-122925.jpg20130221-124747.jpg

20130221-122943.jpg

20130221-123001.jpg

20130221-120724.jpg

20130221-120749.jpg

20130221-122247.jpg

20130221-122302.jpg

20130221-122319.jpg