9 Mac 2013 - 20:30

Presiden Republik Islam Iran tegas mengatakan, "Tidak syak lagi pergerakan babarian seperti ini mempunyai kaitan rapat dengan akar umbi Islamfobia dan perpecahan umat yang tercetus akibat daripada pemikiran mundur dan bertentangan dengan semangat kerohanian, akhlak serta kesaksamaan. Dengan melanggar semua prinsip perikemanusiaan mereka berusaha untuk mencapai matlamat-matlamat yang ngeri. Yakinlah semua tindakan ini tidak akan berjaya, mereka akan kekal sebagai titik hitam dalam sejarah buat selama-lamanya."

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Mahmud Ahmadinejad dalam pesanan takziah sempena tragedi ngeri pembunuhan kejam terhadap kaum muslimin yang tidak berdosa di Pakistan, beliau mengajak umat Islam bersatu hati dan menghindari dari sebarang perpecahan yang selalu menjadi idaman musuh. Presiden Iran ini memohon masyarakat antarabangsa terutamanya kerajaan Pakistan mengambil langkah untuk mengenal pasti punca sebenar jenayah-jenayah ini dan pencegahannya selain menghukum mereka yang terbabit supaya kejadian seperti ini tidak bakal berulang lagi.

Pesanan beliau adalah seperti berikut:

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang

وسيعلم الذين ظلموا اي منقلب ينقلبون

Dan orang yang melakukan sebarang kezaliman, akan mengetahui kelak ke tempat mana mereka akan kembali.

Tragedi pembunuhan kejam terhadap kaum muslimin Pakistan yang tidak berdosa di tangan ejen Zionis dan kuasa angkuh dunia sekali lagi menyakitkan hati seluruh umat Islam serta pencari kebebasan di seluruh dunia. Tidak syak lagi pergerakan babarian seperti ini mempunyai kaitan rapat dengan akar umbi Islamfobia dan perpecahan umat di mana ia tercetus daripada pemikiran mundur dan bertentangan dengan semangat kerohanian, akhlak serta kesaksamaan. Dengan melanggar semua prinsip perikemanusiaan mereka berusaha untuk mencapai matlamat-matlamat yang ngeri. Yakinlah semua tindakan ini tidak akan berjaya, mereka akan kekal sebagai titik hitam dalam sejarah buat selama-lamanya.

Malang sekali ejen-ejen kotor ini, menyinting lengan bajunya dari keimanan yang palsu, dengan segala kekejaman dan keganasan keji bertindak melancarkan pembunuhan kejam ke atas para pengikut mazhab Syiah di negara ini. Tujuannya tidak lain lagi kecuali mencetuskan perpecahan di kalangan mazhab-mazhab Islam di samping melemahkan semangat persaudaraan di kalangan mereka.

Takziah diucapkan kepada penyelamat akhir zaman Imam Mahdi (a.j.f) atas tragedi pembunuhan ini, dengan harapan yang amat tinggi demi para syuhada mazlum, saya menyeru individu-individu kaum muslimin, semua kumpulan dan mazhab Islam agar bersatu padu, menghindari sebarang perpecahan yang menuruti telunjuk musuh-musuh Islam serta mengutuk keras jenayah terbuka ini. Saya minta seluruh masyarakat antarabangsa terutamanya kerajaan Pakistan menyiasat punca sebenar jenayah ini dan mengambil langkah pencegahannya selain menjatuhkan hukuman yang setimpal terhadap mereka yang terbabit.