17 April 2013 - 19:30
Doktor dari Jepun masuk Syiah dengan nama Fathimah

Wanita Jepun berusia 29 tahun berasal dari Toyonaka-shi yang bekerja dalam bidang Farmasi telah memeluk agama Islam dengan nama Fathimah, di Lahijan, Iran.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Seorang doktor dari Jepun telah memeluk agama Islam kelmarin di pejabat Imam solat Jumaat, kota Lahijan Iran.

Dr. Fosaku Konishi, 29 tahun, yang berkerja dalam bidang Farmasi ini sebelumnya beragama Buddha berasal dari Toyonaka-Shi, Osaka.

Beliau tertarik dengan agama Islam apabila bersahabat dengan keluarga Abul Qasim Chesme Khorushan yang menetap di Jepun.

Setelah banyak membaca tentang Islam dan Syiah, beliau mengistiharkan keislamannya di hadapan Hujjatul Islam Muhammad Taqi Pur, imam solat Jumaat Lahijan dan memilih nama Fathimah untuk dirinya.

Imam Jumaat Lahijan turut mengucapkan tahniah kepada beliau atas penerimaan agama Isalm dan Syiah.