Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Pergerakan Hizbullah Lubnan mengeluarkan kecaman keras tindakan anti Syiah dengan pembongkaran makam Hujur bin Adi. Dua hari sebelum pembongkaran makam tersebut, Setiausaha Agung Hizbullah Sayid Hasan Nasrullah sudah memberikan amaran tentang tindakan perlecehan tempat-tempat suci. Gerakan ini turut menyatakan bahawa mereka sudah menduga aksi tersebut.Kenyataan tersebut menambah, "Permakaman sahabat yang mulia, Hujur bin Adi merupakan salah satu makam yang paling penting menurut pandangan seluruh umat Islam. Penghinaan terhadapnya dan aksi pembongkaran tersebut berpunca dari ideologi terrorisme dan jenayah yang mana mereka tidak akan menjaga kehormatan di samping tidak mengiktiraf simbol-simbol suci Islam dan Kristian."Di manakah pemberontak Syria yang mendakwa bahawa mereka akan membela tempat-tempat suci dan berjanji akan menjaga permakaman serta pusat agama?."Hizbullah menyatakan kebimbangan terhadap penerusan aktiviti anti-kubur, kita meminta semua pegawai yang berkaitan agar melaksanakan tanggungjawab mereka sehingga tidak dikatakan bersubahat dengan jenayah ini, termasuklah mencegah sebarang fitnah."
2 Mei 2013 - 19:30
News ID: 415498
Di manakah pemberontak Syria yang mengaku ingin membela kesucian agama?