Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Bekas perdana menteri Malaysia dan mantan presiden Iran hari ini mendesak umat Islam berhenti berbalah sesama sendiri atas nama konflik Sunni - Syiah."Saya tidak minta Sunni dan Syiah bersetuju dengan tafsiran sesama mereka. Namun kita meminta Sunni dan Syiah berhenti membunuh dan saling bertelagah," kata Mahathir kepada sidang akhbar yang dianjurkan pertubuhan International Movement for a Just World (JUST), Putrajaya."Memang tidak baik untuk imej Islam, keamanan masyarakat muslim. Kita perlu faham bahawa dalam semua agama terdapat berbagai tafsiran," tambah Mahathir yang pernah menjadi pemimpin negara Islam bermajoriti Sunni.Rayuan bersama kedua-dua pemimpin negara majoriti Sunni dan Syiah ini dilakukan atas kesedaran terjadi persengketaan atas nama perbezaan mazhab dalam Islam sehingga menyebabkan meningkatkan pertumpahan darah."Pemikir muslim, ulama dan cendiakawan, tokoh-tokoh politik dan ulama agama tertentu... hendaklah saling berganding tangan untuk mengutuk keganasan mazhab," ujar Muhammad Khatami dalam ucapannya yang disiarkan melalui video pra-rakaman.
Sepanjang minggu ini, pertumpahan darah di Iraq atas nama konflik ini telah mengorbankan jiwa sehingga 240 orang dalam serangan yang berterusan sejak beberapa tahun lalu.Sementara itu presiden JUST berkata, konflik ini bermula sejak kewafatan Nabi Muhammad di mana terjadi perebutan jawatan pengganti baginda."Pemimpin Sunni sudah lama berganding tangan dengan pemimpin Syiah untuk merayu komponen (muslim) agar menghentikan keganasan dan pembunuhan yang mencemarkan hubungan Sunni - Syiah, yang sudah lama terjalin," kata Dr. Chandra Mudzaffar.Musuh Islam bertepuk tangan."Musuh-musuh Islam sedang bertepuk tangan, mereka cukup gembira kerana kita menjalankan kerja-kerja untuk mereka... (konflik ini) menghidangkan objektif mereka, menjimatkan wang dan peluru mereka selagi kita mengizinkan diri kita menjadi peralatan mereka."Musuh-musuh kita sudah melakukan banyak bahaya, kita hendaklah mempertahankan diri dalam menghadapi mereka. Tetapi jika diserang oleh irang yang mengaku sebagai muslim, maka bahaya yang kita hadapi akan menjadi dua kali ganda apabila mengancam jiwa masyarakat," tambah beliau.Mahathir berkata, selagi Syiah dan Sunni tidak cuba menyebarkan kepercayaan masing-masiing di kalangan mereka, tidak ada sebab untuk mereka meneruskan pertelagahan."Sekiranya kamu mahu mengekalkan tafsiran, dan ingin mengkafirkan kepercayaan mazhab lain, teruskan, namun janganlah cuba bertindak mengubah orang lain," tegasnya.Mahathir juga menolak kepercayaan bahawa undang-undang Malaysia mendiskriminasi pegangan dan tafsiran yang berbeza di dalam Islam.Berikut adalah teks yang dikatakan telah ditandatangani oleh kedua-dua bekas pemimpin tersebut:Kami yang menandatangani di bawah, amat sedih dengan keganasan dan pertumpahan darah yang telah disifatkan sebagai hubungan Sunni dan Syiah dari masa ke semasa. Beribu-ribu telah terbunuh dalam perbalahan antara kedua-duanya dalam beberapa negara-negara Islam. Sungguh tragik apabila ramai wanita dan kanak-kanak telah menjadi mangsa.Perseteruan Sunni-Syiah dan pertentangan telah jelas melemahkan umat Islam. Ia telah menjadikan kita lebih terdedah kepada manipulasi dan elemen komplot asing yang berazam untuk menggulingkan perpaduan dan keutuhan ummah. Ia menyebabkan mereka yang berusaha untuk menubuhkah kuasa hegemoni ke atas kita telah berjaya dalam objektif mereka.Tidak dapat dinafikan bahawa percanggahan dan konflik Sunni-Sunni telah menyebabkan pembunuhan beramai-ramai, yang telah mencalarkan imej dan maruah umat Islam di mata dunia. Beberapa kejadian kebelangan ini mempunyai impak negatif itu.Kami merayu kepada semua Sunni dan Syiah, bersatupadu sebagaimana kita mempunyai iman yang sama kepada Allah, menelusuri pedoman dengan al-Quran yang sama, menghormati Rasul terakhir, sama-sama menghadap ke arah kiblat yang sama demi untuk berhenti dari pembunuhan besar-besaran dan saling memerangi antara satu sama lain.Tiada lagi keganasanTiada lagi pertumpahan darahTiada lagi pembunuhanKedua-dua kami (Bekas Perdana Menteri dari negara majoriti Sunni, dan juga mantan Presiden negara majoriti Syiah) turut mengajukan rayuan ini kepada Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang mewakili seluruh muslim walau apa jua mazhab dan doktrin. OIC mungkin boleh menubuhkan pasukan petugas untuk mengkaji perpecahan Sunni - Syiah secara mendalam dan mengemukakan cadangan konkrit untuk para pemimpin politik dan pemimpin agama umat Islam bagi tindakan ke atasnya.Kami juga meminta dengan ikhlas, individu berkenaan dan kumpulan masyarakat awam dari seluruh dunia untuk menyertai kami dalam usaha ini demi menghentikan kegasanasan dan pertumpahan darah, di samping mempromosi keamanan dan persefahaman antara Sunni dan Syiah.Rayuan bersama ini akan dikembangkan secara meluas terutama dalam media talian kami. Kami akan ikuti perkembangan susulan rayuan ini dengan aktiviti dan program yang lain.Semoga Allah membimbing kita dalam semua usaha untuk berkhidmat kepada-NYa.
Rayuan bersama untuk Sunni dan Syiah;
Mantan perdana menteri Malaysia dan bekas presiden Iran rayu hentikan konflik Sunni Syiah
21 Mei 2013 - 19:30
News ID: 421882
Dr. Mahathir dan Mohamad Khatami rayu umat Islam hentikan persengketaan mazhab