5 Jun 2013 - 10:27
Seluruh kota al-Qushair berjaya dibebaskan dari cengkaman pengganas

Askar Syria berjaya membebaskan Al-Qushair dan pengganas terpaksa melarikan diri.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Setelah pertempuran sengit selama dua minggu, askar Syria akhirnya berjaya menguasai seluruh al-Qushair setelah menggempur kota tersebut secara mengejut dari berbagai arah pagi tadi. Al-Manar yang membuat liputan di kawasan tersebut mengesahkan kota Al-Qushair benar-benar bersih dari pengganas.

Selain itu sejumlah besar gerombolan pengganas dilaporkan tergesa-gesa melarikan diri apabila terkejut dengan kemaraan mendadak askar Syria yang melakukan operasi pembersihan militan dan penghapusan periuk api di kawasan utara al-Qushair. Wartawan al-Manar yang berada di tempat kejadian melaporkan pengganas lari ke arah Daba'a dan Timur Al-Bowayda setelah barisan mereka mengalami kekalahan yang parah.

Menurut televisyen Syria, askar kerajaan berjaya mengambil kembali al-Qushair setelah berjaya menghapuskan sejumlah besar pengganas dan menangkap mereka. Selain itu kejayaan ini disifatkan sebagai "mengembalikan keamanan dan keselamatan di kota Al-Qushair".

Media lain seperti Reuter dan AFP turut melaporkan pengakuan militan tentang pengunduran mereka.

"Pemberontak Syria pada hari Selasa mengaku bahawa mereka tewas dalam peperangan untuk kota Al-Qushair yang strategik," menurut AFP.

Sebaliknya pemerhati dari pembangkang yang berpengkalan di London berkata, pejuang Hizbullah menguasai Al-Qushair sekarang. "Pemerhati Syria untuk hak asasi manusia berkata pejuang Hizbullah telah menguasai kota tersebut," kata AFP.

Saluran Al-Manar turut menyiarkan beberapa pemandangan dari kawasan tersebut:

ساعة ساحة وسط القصير